MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Harapan Tahun Baharu, tekad kemanusiaan lebih padu

Perenungan tahun baru ini harus juga dapat melihat bahawa tidak semua di dunia ini gelap dan muram

Setiap tahun kota-kota besar dunia akan menyambut kedatangan Tahun Baharu dengan meriah. Tahun baharu mengganti dan kita meninggalkan kalender lama. Namun hidup yang “sama” terus berlanjutan. Berat ringan dari tahun lalu pasti harus terus dipikul dan dipertimbangkan.

Mudah kalau disyorkan: Masuk tahun baharu, kita berganjak dengan segar dan yakin, meninggalkan yang lama. Kenyataan ini tidak boleh dipungkiri kerana hidup adalah kesinambungan panjang antara dahulu, kini dan masa hadapan.

Yang wajar adalah kita merenung kembali bukan sahaja kejayaan dan kekurangan yang telah kita tempuhi secara peribadi, termasuk ehwal keluarga dan taulan tersayang. Namun sama pentingnya, kita renungkan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2024.

Ternyata tahun 2024 adalah jangka waktu yang getir untuk warga dunia. Perang dan pembunuhan masih belum reda di Palestin dan Ukraine. Timur Tengah terus bergelora dan seperti tiada jalan keluar. Semakin hari suara-suara permusuhan lantang bergendang sehingga menenggelamkan seruan perdamaian.

Paling jelas, kita masih dilanda penjajahan, rasisme, peperangan, perebutan kuasa, perang saudara, kelaparan, rusuhan, salah guna kuasa, korupsi, pembantaian terhadap kaum minoriti, pelecehan seksual, diskriminasi jantina dan banyak lagi.

Diburukkan lagi dengan keseimbangan ekologi yang semakin kacau, pemanasan bumi yang membawa kepada paras air laut yang meningkat, suhu laut yang bertambah panas sehingga mengancam kehidupan laut, sedang gelombang udara bergelora akibat badai kencang.

Persaingan ketenteraan dan ekonomi antara kuasa-kuasa besar dunia masih memuncak. Malah kita di ambang perang nuklear yang akan menjahanamkan manusia dan seluruh kehidupan di bumi ini, sekiranya kuasa-kuasa dunia masih menggila mempertahankan kepentingan masing-masing.

DUNIA MASIH TERBELENGGU

politik berhaluan kanan yang berunsur fasis semakin lantang, sekali gus mengancam demokrasi, hak kemanusiaan.

Pendatang asing ditentang, hak minoriti dikekang, sambil mendabik dengan jeritan ketuanan (supremacist) itu dan ini, yang kian galak dan lantang.

Kelembapan ekonomi dek kondisi politik yang tidak stabil menyebabkan ramai terhimpit, khususnya golongan miskin yang mana gaji semakin menekan kelangsungan hidup, sedang inflasi melonjak tinggi.

Kesenjangan ekonomi semakin melebar, dengan sumber dan kekayaan tertumpu kepada segelintir golongan elit, sedangkan jutaan masih dibelenggu kemiskinan dan ketidakcukupan.

Namun, perenungan tahun baru ini harus juga dapat melihat bahawa tidak semua di dunia ini gelap dan muram. Di saat manusia dilanda pelbagai bencana, terbangun pula suara-suara yang semakin lantang menolak peperangan, pembunuhan kanak-kanak dan perempuan, kekerasan ke atas kaum minoriti, kelaparan, dan rampasan hak rakyat yang teraniaya.

KUATKAN TEKAD KEARAH KEMANUSIAAN LEBIH PADU

Cabaran Global: Dunia terus menghadapi isu-isu seperti peperangan, perkauman, rasuah, dan kemerosotan alam sekitar.

Gerakan Positif: Terdapat suara yang semakin meningkat menentang perang, keganasan, dan ketidakadilan, dengan solidariti dan aktivisme global yang semakin meningkat.

Aktivisme Belia: Pelajar di seluruh dunia sedang memprotes peperangan dan menuntut pelaburan beretika daripada institusi mereka.

Advokasi Alam Sekitar: NGO sedang berjuang menentang pemusnahan alam sekitar dan memperjuangkan hak-hak masyarakat pribumi.

Dialog Antara Agama: Usaha untuk mempromosikan toleransi dan keharmonian melalui dialog antara agama semakin meningkat.

Tanggungjawab Moral: Seruan kebangkitan moral dan keperluan untuk memupuk empati, keadilan, dan keamanan dalam masyarakat.

# Tag

Berkaitan

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

清真寺兴都庙不分宗教庇护气爆灾民 霹苏丹:高尚德行可成楷模

Masjid dan kuil Hindu beri perlindungan kepada mangsa letupan tanpa mengira agama, akhlak mulia patut dicontohi – Sultan Perak

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?

怎么样的宗教领袖对马来西亚有益?

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah