PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Dokumen tambahan: Kerajaan akan fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memohon perintah jika dokumen tambahan itu wujud maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Kerajaan akan memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung dakwaannya mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam lagi responden berkata permohonan itu dibuat kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif.

“Mahkamah mengarahkan permohonan itu difailkan pada 20 Jan ini dan Najib perlu memfailkan afidavit balasan dalam tempoh seminggu. Mahkamah juga menetapkan pengurusan kes semakan kehakiman secara dalam talian (e-Review) pada 11 Mac ini,” kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes yang berlangsung dalam kamar di hadapan Hakim Hayatul Akmar Abdul Aziz.

Shamsul juga berkata pihaknya akan membantah permohonan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Zulkifli Noordin untuk menjadi peguam pemerhati bagi kes tersebut untuk mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee.

“Mahkamah mengarahkan permohonan untuk peguam pemerhati tersebut untuk difailkan secara rasmi pada 27 Jan ini dan kerajaan perlu memfailkan afidavit balasan pada 10 Feb ini,” katanya.

VIDEO berkaitan:

Dalam pada itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata pihaknya akan membantah permohonan perintah larangan bersuara kerana kes tersebut adalah kepentingan awam dan telah dibincangkan secara meluas termasuk di Parlimen.

Pada 6 Jan lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 telah mengembalikan kes itu kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas membenarkan rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonnya untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan semakan kehakiman.

Najib, 71, memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi jawapan dan mengesahkan kewujudan dokumen tambahan itu yang bertarikh 29 Jan tahun lepas.

Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Datuk Amarjeet Singh yang menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman memutuskan bahawa empat afidavit menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin semata-mata dan tidak boleh diterima sebagai bukti dalam mahkamah.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Lembaga Pengampunan bagaimanapun kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Terkini

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

Casemiro setuju tinggalkan Old Trafford

Video thumbnail
Kebakaran hutan Los Angeles
01:00
Video thumbnail
126 maut, 188 cedera dalam gempa bumi M6 8 di Xizang (Tibet)
01:00
Video thumbnail
Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah
01:00
Video thumbnail
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi proses rayuan penolakan Titah Adendum
01:00
Video thumbnail
Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu
01:00
Video thumbnail
Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru
01:00
Video thumbnail
Pertandingan Marhabban anjuran Penyelaras DUN Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.
00:47
Video thumbnail
Sungai Golok 'Mengepung', penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta
01:00
Video thumbnail
Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami
01:00
Video thumbnail
Taliban isytiharkan perang ke atas Pakistan
01:00
Video thumbnail
Sekurang kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737 800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan t
01:00
Video thumbnail
Tengah berzikir atau ritual memuja di tanah perkuburan
01:00
Video thumbnail
Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO
01:48
Video thumbnail
Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
01:00
Video thumbnail
Taufan Chido melanda Mayotte, paling dahsyat dalam 100 tahun
01:00
Video thumbnail
Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik 'crabbing' dapat perhatian dunia
01:00
Video thumbnail
Banjir: 14 wilayah selatan Di Thailand dalam keadaan berjaga jaga
01:00
Video thumbnail
Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari #Pattani #Yala
01:00
Video thumbnail
Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA
01:54
Video thumbnail
Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC
01:00
Video thumbnail
SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia
01:00
Video thumbnail
Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga
01:00
Video thumbnail
PGA Pasang Papan Tanda Amaran Tidak Guna Laluan Pangkalan Haram Untuk Ke Golok
01:00
Video thumbnail
CADANGAN MANSUHKAN SUBSIDI MINYAK MASAK PAKET DIBINCANGKAN
01:00
Video thumbnail
Tragedi kepala air: 'Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai'
01:00
Video thumbnail
Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar
05:14
Video thumbnail
Apa masalah Takiyuddin nak faham ni erk?
01:00
Video thumbnail
Kelebihan solat berjemaah di saf yang pertama
00:31
Video thumbnail
Serangan bom berani mati di stesen kereta api di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang
01:00
Video thumbnail
Nur Nilam sari
00:34
Video thumbnail
Gunung Lewotobi Laki Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut
01:00
Video thumbnail
Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri
01:00
Video thumbnail
Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji
01:00
Video thumbnail
Mari belajar tatanegara..
00:37
Video thumbnail
Tembak bekas kekasih bersama kekasih baru kerana cemburu
01:00
Video thumbnail
Penyanyi wanita Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat
01:00
Video thumbnail
حَيَّ عَلَىٰ ٱلصَّلَاةِ
00:55
Video thumbnail
RUGI TAK BANGUN SOLAT SUBUH BERJEMAAH
01:00
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Tag

Berkaitan

Dokumen tambahan libatkan Najib: Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

Badan Perhubungan UMNO negeri senada junjung titah Agong

Dokumen tambahan: Kerajaan akan fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memohon perintah jika dokumen tambahan itu wujud maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Kerajaan akan memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung dakwaannya mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili kerajaan dan enam lagi responden berkata permohonan itu dibuat kerana kes tersebut menyentuh isu sensitif.

“Mahkamah mengarahkan permohonan itu difailkan pada 20 Jan ini dan Najib perlu memfailkan afidavit balasan dalam tempoh seminggu. Mahkamah juga menetapkan pengurusan kes semakan kehakiman secara dalam talian (e-Review) pada 11 Mac ini,” kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes yang berlangsung dalam kamar di hadapan Hakim Hayatul Akmar Abdul Aziz.

Shamsul juga berkata pihaknya akan membantah permohonan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Zulkifli Noordin untuk menjadi peguam pemerhati bagi kes tersebut untuk mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee.

“Mahkamah mengarahkan permohonan untuk peguam pemerhati tersebut untuk difailkan secara rasmi pada 27 Jan ini dan kerajaan perlu memfailkan afidavit balasan pada 10 Feb ini,” katanya.

VIDEO berkaitan:

Dalam pada itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas perdana menteri itu berkata pihaknya akan membantah permohonan perintah larangan bersuara kerana kes tersebut adalah kepentingan awam dan telah dibincangkan secara meluas termasuk di Parlimen.

Pada 6 Jan lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 telah mengembalikan kes itu kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas membenarkan rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonnya untuk mendapatkan kebenaran mahkamah bagi memulakan semakan kehakiman.

Najib, 71, memohon perintah mandamus untuk memaksa responden memberi jawapan dan mengesahkan kewujudan dokumen tambahan itu yang bertarikh 29 Jan tahun lepas.

Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memohon perintah jika dokumen tambahan itu wujud maka semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Datuk Amarjeet Singh yang menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman memutuskan bahawa empat afidavit menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin semata-mata dan tidak boleh diterima sebagai bukti dalam mahkamah.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Lembaga Pengampunan bagaimanapun kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Dokumen tambahan libatkan Najib: Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah

Titah Adendum dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi, ketua panel hakim menentang

Mahkamah Rayuan luluskan permohonan Najib peroleh dokumen jalani baki hukuman penjara di rumah

Badan Perhubungan UMNO negeri senada junjung titah Agong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi MyKad diperluas ke Sabah, Sarawak

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

Casemiro setuju tinggalkan Old Trafford

Letupan bom berhampiran TK Park Pattani mencederakan pegawai polis termasuk pelancong Malaysia