MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

Ibu empat anak direman bantu siasatan kes buang bayi

Pada 19 Januari lepas dilaporkan seorang bayi perempuan dibaluti tuala dan diletakkan dalam beg plastik beralaskan kain pelekat ditemukan di hadapan sebuah rumah

KANGAR — Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat, Kangar pada 19 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata wanita itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan di sebuah rumah di Simpang Empat pada 2.55 pagi tadi.

Beliau berkata suspek yang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi tinggal bersama empat anaknya yang masih kecil manakala suami wanita itu berada di sebuah pusat pemulihan dadah.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai telah melahirkan bayi perempuan di dalam tandas seorang diri di sebuah rumah di Kampung Permatang Kersek, Simpang Empat kira-kira 6.30 petang, 18 Jan lepas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Yusharifuddin berkata pada keesokannya, suspek disyaki pergi ke Kampung Rama dengan sebuah kereta milik rakannya untuk membuang bayi itu.

Pada 19 Januari lepas dilaporkan seorang bayi perempuan dibaluti tuala dan diletakkan dalam beg plastik beralaskan kain pelekat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Simpang Empat dan Yusharifuddin dipetik sebagai berkata keadaan bayi itu sihat.

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Terkini

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu