MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ismanira ‘kosong’, tiada perasaan ketika dirakam percakapan – Saksi

Pertanyaan saya tidak dijawab…maksud kosong tersebut adalah tiada perasaan, tiada sebarang reaksi pada ketika itu.

Saksi pendakwaan keempat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Ismanira Abdul Manaf yang merupakan pengadu dan juga ibu dalam kes kanak-kanak autistik yang hilang seperti ‘kosong’ dan tiada perasaan.

Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, 33, yang merupakan bekas pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata reaksi wanita itu dilihat ketika dia bertemu dengan Ismanira di Apartment Idaman, Damansara Damai untuk merakam percakapan pada pada 5 Disember 2023.

“Setelah saya berjumpa dengan pengadu dan merakam percakapan, saya minta dia menandatangi satu borang Nur Alert untuk membuat hebahan. Kemudian saya ada bertanya beberapa soalan kepada pengadu. Saya meminta pengadu menceritakan bagaimana kehilangan kanak-kanak autisme tersebut,” katanya.

Pendakwa Raya: Ketika kamu mengambil percakapan pengadu yang bernama Ismanira boleh kamu terangkan kepada mahkamah bagaimana keadaan pengadu?

Saksi: Pengadu ketika itu (nada sebak dan menangis) semasa rakaman percakapan diambil saya ada bertanyakan beberapa pertanyaan kepada pengadu, pengadu tidak dapat menjawab beberapa soalan saya. Keadaan pengadu seperti kosong.

Pendakwa Raya: Kosong apa maksudnya?

Saksi: Pertanyaan saya tidak dijawab…maksud kosong tersebut adalah tiada perasaan, tiada sebarang reaksi pada ketika itu.

Terdahulu saksi itu dalam keterangannya memberitahu, bahawa dia menerima laporan mengenai kes kehilangan kanak-kanak OH pada tarikh sama bersangkut laporan polis Balai Polis Sri Damansara.

Kata saksi itu, disebabkan ketika itu beliau berada di Hospital Sungai Buloh untuk menguruskan satu lagi kes lain, beliau hanya bercakap dengan Ismanira melalui panggilan telefon.

“Setelah terima makluman tersebut, saya meminta bercakap dengan pengadu melalui panggilan telefon dan ketika itu saya ada tanya beberapa soalan iaitu sejak bila OH hilang dan pengadu memaklumkan anaknya merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) autisme dan telah hilang sejak pukul 12 tengah hari pada tarikh sama 5 Disember 2023.

“Saya ada tanya kenapa buat laporan polis lewat, pengadu memaklumkan cuba cari persekitaran selain menghubungi suami ditempat kerja dan mendapatkan nasihat daripada jiran yang kemudian jiran menasihatkannya membuat buat laporan polis,” kata saksi itu.

Mengulas lanjut dalam keterangannya, saksi itu berkata pada tarikh sama dia ada menerima panggilan pukul 7 petang daripada penduduk iaitu ketua blok (Apartment Idaman) maklumat seorang kanak-kanak ada terlihat kelibat anak pengadu (Ismanira) yang difahamkan berkeliaran sekitar blok R.

Ujarnya selepas menerima maklumat itu, beliau telah menghubungi pengadu dan memaklumkan untuk pulang ke rumah bagi berjumpa dengan ketua blok.

“Semasa saya minta pengadu pulang ke rumah Apartment Idaman di Damansara Damai, pengadu berkeras untuk berjumpa dengan saya dahulu di pejabat (IPD), dan kemudian saya bercakap dengan suami kepada pengadu dan suami pengadu telah meninggikan suara untuk berjumpa dengan saya di pejabat,” kata saksi itu.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi esok.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas