MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

SPRM tangguh rakam keterangan Ismail Sabri, cuti sakit hingga 12 Mac

Sebelum ini, Ismail Sabri telah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan sesi rakaman keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok kepada 13 Mac ini susulan cuti sakit beliau dilanjutkan sehingga 12 Mac ini.

Menurut sumber, SPRM akan merakam keterangan doktor yang merawat Ismail Sabri untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sebelum keterangannya direkodkan Khamis depan.

“Tujuan SPRM merakam percakapan doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sama ada benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat.

“SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” katanya tadi.

Sebelum ini Ismail Sabri dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac lalu untuk memberi keterangan.

Namun, beliau tidak dapat hadir sehingga kini kerana masalah kesihatan dan telah diberikan sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga 12 Mac depan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, bekas Perdana Menteri dijangka diambil keterangan pada 13 Mac sekiranya kesihatan beliau baik.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Berikut adalah beberapa perkara penting mengenai siasatan ini:

  • Jenis Siasatan:
    • Siasatan ini berkaitan dengan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
    • Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.  
  • Perkembangan Siasatan:
    • Ismail Sabri telah memberikan keterangan kepada SPRM beberapa kali.
    • SPRM telah menahan beberapa individu, termasuk bekas pegawai kanannya, untuk siasatan lanjut.
    • SPRM telah melakukan serbuan di beberapa premis dan menyita sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas.
    • SPRM telah membekukan beberapa akaun bank.
  • Pengisytiharan Harta:
    • Ismail Sabri telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.
    • Beliau telah mengisytiharkan harta tersebut pada 10 Februari 2025.
  • Penafian UMNO:
    • UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap Ismail Sabri.
  • Kenyataan SPRM:
    • SPRM menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara bebas, profesional, dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.
    • SPRM komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara.  

Penting untuk diingat bahawa siasatan ini masih berterusan dan semua pihak harus menghormati proses undang-undang.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas