MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac ini dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Sehubungan itu bagi STR Fasa 2, hampir sembilan juta penerima yang terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, Kerajaan Madani kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Pendekatan terkini kerajaan adalah membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun bagi memberi ruang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan
kerajaan.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai STR 2025:

Fasa Pembayaran:

  • Fasa 1:
    • Pembayaran Fasa 1 STR 2025 telah disalurkan mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.
    • Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan memperuntukkan RM2.3 bilion kepada 8.3 juta penerima yang layak.
  • Fasa 2:
    • Pembayaran Fasa 2 STR 2025 akan disalurkan mulai 24 Mac 2025 (Isnin), seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
    • Hampir 8.5 juta penerima yang terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan.

Kadar Bayaran:

Kadar bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Kategori Isi Rumah <RM2500 : RM500.
  • Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM150 – RM300.
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM150.
  • Bujang : RM150.  

Sumbangan Asas Rahmah (SARA):

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara MyKad diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
  • Kadar bayaran SARA adalah berbeza mengikut kategori penerima.

Semakan Status:

  • Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR.

Maklumat Tambahan:

  • Kerajaan juga akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara pada 24 Mac 2025.
# Tag
Berkaitan

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas