MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Abang belon ada 13 rekod lampau

Anggota penguat kuasa DBKL telah memberi teguran dan kebanyakan penjaja tanpa lesen memberikan kerjasama dengan beredar dari kawasan tersebut, namun ia tidak berlaku kepada peniaga belon berkenaan.

Dua daripada tiga kertas siasatan berhubung insiden membabitkan ‘abang belon’ dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di sini baru-baru ini telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kedua-dua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 186 Menggalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Jelasnya, siasatan terbabit melibatkan kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menyebabkan kecederaan parah secara sukarela.

“Satu lagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah masih menunggu maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung sebuah laman web yang dikaitkan dengan kes tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang akhbar operasi Cyber Guardian di Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut sumber, semakan rekod lampau terhadap penjaja penjual belon itu mendapati lelaki berkenaan mempunyai 13 rekod jenayah lampau.

“Kebanyakan rekod terbabit adalah berkaitan dengan kesalahan dadah. Suspek sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah bagi enam daripada kes tersebut.

“Dia (abang belon) kini masih menerima rawatan di hospital manakala bagi dua penguat kuasa DBKL itu pula sudah diambil tindakan dalam oleh jabatan,”ujarnya.

Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan pergelutan antara seorang peniaga belon dan penguat kuasa DBKL dalam kejadian di Jalan TAR.

Video tersebut bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi daripada orang awam malah mencuri perhatian golongan menteri juga.

Malah DBKL turut memaklumkan peniaga belon itu sudah diberi teguran kali ketiga untuk beredar sebelum bertindak agresif dan menolak anggota penguat kuasa DBKL.

DBKL dalam kenyataan berkata, sebelum kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu berlaku, anggota penguat kuasa DBKL yang melakukan rondaan berkala melihat kehadiran beberapa penjaja tanpa lesen menjalankan aktiviti perniagaan di laluan pejalan kaki Jalan TAR.

Katanya, anggota penguat kuasa DBKL telah memberi teguran dan kebanyakan penjaja tanpa lesen memberikan kerjasama dengan beredar dari kawasan tersebut, namun ia tidak berlaku kepada peniaga belon berkenaan.

BACA juga:

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

“气球哥”遭暴力执法,竟被说成政府针对马来人?

Berkaitan

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Nahas di Hulu Selangor, pemandu lori pula meninggal dunia

Kematian Zayn Rayyan ‘mencurigakan’ – Pakar Forensik

3 kenderaan bertembung, 1 maut, 1 parah berhampiran Lembah Beringin

Terkini

Masyarakat Islam Yala ziarah kubur waris sempena tradisi Raya Nae (Enam)

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Peremajaan parti bukan mengenai umur semata – Mohamad

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Suspek maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

Legenda Bandar Ayer Itam: Dua Batu Ini Mempunyai Jantina!

3 kenderaan bertembung, 1 maut, 1 parah berhampiran Lembah Beringin

Harga emas jatuh di bawah US$3,000