MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kematian Zayn Rayyan ‘mencurigakan’ – Pakar Forensik

“Apabila saya melihat pada laluan ke sungai tersebut, terdapat cerun dan bukit yang mana keadaan laluan ini adalah kompleks untuk kanak-kanak autisme dan kesukaannya bukan air kerana sejarah daripada pegawai perubatan saya menyatakan kanak-kanak itu tidak selalu pergi ke sungai tersebut.

Doktor pakar yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu kematian kanak-kanak autistik itu sebagai ‘mencurigakan’.

Pakar Perubatan Perunding Forensik Jabatan Perubatan Forensik yang kini bertugas di Hospital Pasir Gudang Johor, Dr. Rohayu Shahar Adnan berkata, ini kerana kecederaan kanak-kanak tersebut tidak selari dengan keadaan sekitar lokasi kejadian mangsa ditemui.

Selain itu saksi turut memberitahu kes kematiannya bukan kematian biasa tetapi dikategorikan sebagai mencurigakan atau ‘homicide until proven otherwise’.

“Pegawai penyiasat ketika itu Asisten Superitendan Mohd. Nasir Mustapha telah membawa saya dan pegawai perubatannya ke kawasan perumahan flat (Apartment Idaman) tersebut dan telah ke kawasan di sungai di mana mangsa di temui.

“Lawatan ini penting untuk saya ‘corroborate’ (menyokong) kecederaan pada mangsa sekiranya ada dengan tempat kejadian, setelah itu baharu saya buat kes tersebut,” katanya yang sebelum ini bertugas di Hospital Sungai Buloh dan melakukan bedah siasat itu.

Terdahulu, Dr. Rohayu turut menjelaskan bedah siasat terhadap jasad Zayn Rayyan dilakukan pada 12 tengah hari, 7 Disember 2023, susulan pegawai perubatan beliau membuat pembentangan sejarah kes si mati sebelum proses bedah siasat dijalankan.

“Pegawai perubatan saya memberitahu si mati (Zayn Rayyan) adalah kanak-kanak autisme secara saintifik kanak-kanak autisme ini mempunyai kesukaan tertentu apabila pegawai perubatan saya menyatakan kanak-kanak ini mati lemas saya bertanya adakah kanak-kanak ini suka air, apa kesukaan dia, jika dia suka air maka dia akan pergi ke tempat air dan bermain air.

“Namun, soalan ini tidak dapat dijawab maka saya minta pegawai perubatan menghubungi polis untuk saya dan pegawai perubatan pergi ke tempat kejadian. Oleh itu, bedah siasat tidak dilakukan sehingga selesai lawatan ke tempat kejadian kerana itu bedah siasat dilakukan pada jam 12 tengah hari selepas kami pulang membuat lawatan ke tempat kejadian,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi esok.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi manakala peguam Haresh Mahadevan mewakili kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan pindaan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matin yang berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini antara pukul 12 tengahari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

BACA juga:

Berikut adalah kronologi kematian Zayn Rayyan Abdul Matin, seorang kanak-kanak autistik berusia enam tahun yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor pada Disember 2023, dengan perkembangan terkini sehingga 8 April 2025:

  • 5 Disember 2023: Zayn Rayyan dilaporkan hilang selepas bermain di taman permainan berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai sekitar jam 12 tengah hari. Keluarganya melakukan pencarian dan kemudian melaporkan kepada polis pada jam 6:36 petang.  
  • 6 Disember 2023:
    • Pencarian besar-besaran dilakukan oleh polis dan penduduk sekitar.
    • Sekitar jam 10 malam, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai yang berjarak kira-kira 200 meter dari rumahnya, di kawasan semak berhampiran sungai. Lokasi penemuan ini dilaporkan telah disisir oleh unit K9 sehari sebelumnya.
  • 7 Disember 2023:
    • Polis mengklasifikasikan kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat menunjukkan terdapat luka di leher dan badan mangsa. Polis juga menyatakan bahawa luka tersebut konsisten dengan percubaan mempertahankan diri.
    • Polis membentuk pasukan khas untuk menyiasat kes bunuh ini dan memanggil semula ibu bapa Zayn Rayyan untuk diambil keterangan lanjut.
  • 8 Disember 2023: Mayat Zayn Rayyan dikebumikan. Polis melakukan pemeriksaan terhadap individu dengan rekod jenayah di sekitar lokasi kejadian.
  • 13 Disember 2023: Polis menemui sehelai stokin di lopak air berhampiran lokasi penemuan mayat.
  • 14 Disember 2023: Dipastikan bahawa stokin yang ditemui bukan milik Zayn Rayyan.
  • 23 Disember 2023: Polis meminta bantuan Interpol untuk meneliti beberapa maklumat dan bukti yang diperoleh dalam siasatan.
  • Mei 2024: Polis menyatakan siasatan telah mencapai 90% dan sedang mengumpul risikan untuk menangkap suspek.
  • 31 Mei 2024: Ibu bapa Zayn Rayyan ditangkap untuk membantu siasatan lanjut.
  • Jun 2024: Ibu bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan pengabaian kanak-kanak yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Mereka mengaku tidak bersalah. Datuk dan nenek Zayn Rayyan dari pihak bapa juga sempat ditahan untuk membantu siasatan.
  • 8 April 2025: Seorang pakar forensik yang melakukan bedah siasat menyatakan di Mahkamah Sesyen bahawa punca kematian Zayn Rayyan adalah dicekik. Bedah siasat juga mendedahkan terdapat luka benda tajam dan tumpul pada badan mangsa, yang dianggap sebagai bentuk keganasan fizikal. Pakar forensik juga menyatakan bahawa luka-luka tersebut berlaku sejurus sebelum kematian dan tiada luka yang menunjukkan pergelutan aktif. Selain itu, turut ditemui luka pada telinga kiri dan dubur mangsa akibat dimasukkan objek tumpul.

Sehingga kini, pelaku pembunuhan Zayn Rayyan masih belum ditemui dan kes ini masih dalam siasatan polis. Ibu bapa Zayn Rayyan kini menghadapi pertuduhan atas tuduhan pengabaian kanak-kanak.

# Tag

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah