Pihak polis telah mengenal pasti suspek sebagai warganegara Malaysia, berusia 57 tahun, yang pernah terlibat dalam kes rompakan emas pada tahun 2017.
Pesuruhjaya Polis Lt. Jen. Piyawat Chaloemsri, Ketua Polis Daerah ke-9, bersama pasukannya telah mengunjungi lokasi kejadian untuk menyiasat dan menyoal siasat pekerja di kedai berkenaan.
Selepas itu, mereka menjejaki lokasi di mana suspek meninggalkan kenderaan sebelum menukar pakaian dan menuju ke Pasar Klad Seakimah Yong.
Terbaharu, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek warganegara Malaysia (57 tahun) itu.
Suspek dikatakan menyewa motosikal dari Wilayah Yala. Rekod jenayahnya menunjukkan beliau pernah dipenjarakan pada tahun 2017 atas kes rompakan di kedai emas Thai Yindee 2, Hat Yai (berhadapan dengan kedai emas Thai Udom 2 yang dirompak kelmarin).
Beliau baru sahaja dibebaskan pada tahun 2024 di Thailand.
Di Malaysia, suspek mempunyai rekod membunuh warganegara Malaysia dan rakyat Thailand, termasuk ahli keluarga sendiri.
Suspek dipercayai menukar pakaian dan cuba melarikan diri ke sempadan di Daerah Sadao, Songkhla.
Pihak polis kini meningkatkan kawalan ketat di pos imigresen dan laluan semula jadi di kawasan berkenaan.