MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

1MDB : Tony Pua cuba singkirkan diri, bina persepsi sebagai mangsa?

1MDB Siapa Kata Tidak DijawabAdakah Tony Pua secara sengaja cuba menyebabkan dirinya tersingkir sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan terus melakukan tuduhan berterusan terhadap 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)?.

Persoalan itu dibangkitkan Ahli Parlimen (Gerakan) Simpang Renggam, Liang Teck Meng susulan tindakan ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu yang berikrar menerusi laman Facebooknya pada Jumaat untuk kononnya “mendedahkan penyangak yang melakukan penipuan berbilion ringgit di sebalik 1MDB yang telah menyebabkan kerugian berpuluh bilion ringgit duit pembayar cukai malah meruntuhkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia dan mata wang”.

“Dengan secara harfiah mengemis untuk penggantungan, lebih awal daripada penemuan akhir siasatan PAC dalam 1MDB, adakah dia (Pua) mahu meramalkan penemuan siasatan, lalu kemudian supaya dikatakan menjadi mangsa dalam usaha membina persepsi umum bahawa dia telah disekat secara tidak adil dari ‘menemui kebenaran dan mendedahkan penyangak?

“Ia seolah-olah tidak ada keperluan untuk fakta yang betul dan berasaskan bukti pertanyaan lagi kerana ahli tertentu ini (Pua) telah pun membuat penghakiman sendiri, yang bertentangan dengan apa yang telah dibentangkan di dalam PAC setakat ini, yang berdasarkan kepada sejumlah besar dokumen, bukti dan kesaksian.

“Tiada seorang pun yang waras akan bersikap prejudis dan menjatuhkan maruah diri dan PAC dalam cara sedemikian kecuali individu terbabit mempunyai agenda politik tersembunyi yang tidak berdasarkan kebenaran atau bukti fakta,” soal Liang yang juga ahli PAC menerusi laman Facebooknya.

Pua menerusi kenyataan pada Jumaat mendakwa pengurangan hutang 1MDB adalah hasil tindakan menyelamat (bailout) kerajaan dan pembayar cukai dan bukan sebarang strategi perniagaan sekaligus mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa tempoh buruk 1MDB sudah berlalu.

Pada Khamis, Perdana Menteri berkata, beliau sudah memenuhi janjinya untuk menyelesaikan isu-isu 1MDB dalam tempoh enam bulan, selepas firma itu menjual 60  peratus pegangan dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada China Railway Engineering Corporation Sdn Bhd dan Iskandar Waterfront Holdings dengan harga RM7.4 bilion.

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah