MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Rakyat nikmati banyak faedah hubungan baik Malaysia – Arab Saudi

najib-razak-jeddah

Hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Arab Saudi telah membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam sektor-sektor teras seperti ekonomi dan pendidikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kerjasama itu akan membawa banyak faedah untuk negara serta rakyat Malaysia dan Arab Saudi.

“Kerajaan Arab Saudi telah banyak memberi bantuan kepada rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara termasuklah kemudahan visa, pemindahan kecemasan pelajar dan lain-lain,” katanya dalam blog beliau www.najibrazak.com hari ini.

Najib mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Arab Saudi mulai Jumaat lepas.

Sempena lawatan itu, beliau mengambil peluang menunaikan umrah, melawat Knowledge Economic City, Dar Al Madinah Urban, Built Heritage Museum dan bertemu penuntut serta golongan profesional Malaysia di Jeddah dan Makkah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta semua pihak supaya mengamalkan konsep Wasatiyyah yang bercirikan keistimewaan Islam yang dirujuk sebagai sederhana, pertengahan dan tidak melampau.

“Bersama-samalah kita mengamalkan konsep Wasatiyyah kerana ia adalah konsep yang bersandarkan kepada sejarah Nabi Muhammad SAW dalam menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar,” kata beliau.

Najib berkata umat Islam harus bersatu dan mendukung usaha penyatuan serta tidak berbalah antara satu sama lain.

Mengulas lawatan itu, Perdana Menteri menzahirkan penghargaannya kepada Kerajaan Arab Saudi yang telah banyak membantu dan memberi layanan baik kepada delegasi Malaysia.

Mengenai pertemuannya dengan penuntut dan profesional Malaysia di sana, beliau mendoakan agar mereka semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan cemerlang dalam pendidikan dan pekerjaan masing-masing.

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah