MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Selamat walau kereta terperosok bawah treler dekat Bagan Serai

kemalangan-bagan-serai

BAGAN SERAI: Sepasang suami isteri terselamat dari maut walaupun kenderaan yang dinaiki terperosok di bawah treler di Kilometer 181.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari, pasangan suami isteri terbabit tidak cedera teruk dan dikeluarkan dari kenderaan mereka dengan bantuan orang awam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Che Hassan Che Mat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.54 tengah hari, bergegas ke lokasi kejadian bersama lapan anggota menggunakan dua jentera.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta yang remuk berada di bawah lori.

“Sewaktu tiba, pihak polis memaklumkan mangsa yang juga pasangan suami isteri sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan.

“Pihak kami segera menjalankan kerja pembersihan terhadap lokasi kemalangan terbabit dan operasi ditamatkan pada jam 5.27 petang,” katanya.

Kemalangan terbabit juga menyebabkan kesesakan trafik sejauh hampir tiga kilometer berikutan laluan terbabit terhalang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

Namun begitu, katanya, hingga jam 5 petang tadi, pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

# Tag

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah