PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

"Ia Antara PM Dan Kerabat Diraja Arab Saudi" – Peguam Negara

Soalan mudah: Adakah Raja atau Kerajaan Arab Saudi akan berdiam diri sekiranya Peguam Negara Berbihong atau mempergunakan nama diRaja Arab Saudi?

Saudi source said the donation was approved by the late King Abdullah

Peguam Negara tidak menyatakan mengapa kerabat diraja Arab Saudi memberi sumbangan RM2.08 bilion kepada Perdana Menteri, selepas memberi sebab-sebab untuk siasatan ditutup.

“Ia adalah antara keluarga itu dan Perdana Menteri.

“Kami (SPRM) telah mengambil keterangan daripada mereka,” kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika ditanya sama ada kertas siasatan ada menyatakan sebab pemberian dana itu.

Pada Selasa, Apandi Ali mengumumkan bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.

“Tiada apa-apa kesalahan jenayah,” katanya dalam sidang media berhubung hasil siasatan kes berkenaan.

Berikutan itu, katanya, ketiga-tiga kertas siasatan berkaitan akan dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ditutup.

Mohamed Apandi berkata beliau telah mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta maklum balas dalam kertas siasatan berhubung dana itu dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International.

Berhubung dana itu, katanya beliau berpuas hati bahawa wang yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri merupakan sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi kepadanya tanpa apa-apa balasan.

Beliau berkata keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan SPRM menunjukkan dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri di antara 23 Mac 2013 dan 10 April 2013 berjumlah US$681 juta (RM2.08 bilion) adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Mohamed Apandi berkata pihak SPRM sendiri dalam siasatannya telah merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada perdana menteri secara peribadi.

“Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.

“Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai perdana menteri,” katanya.

Mohamed Apandi berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

“Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut,” katanya.

Oleh itu, Mohamed Apandi berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada mana-mana negara untuk melengkapkan siasatan memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan RM2.08 bilion itu.

Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, beliau berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.

Di bawah Akta SPRM, beliau berkata tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri menyalahgunakan kedudukannya semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Keterangan juga menunjukkan bahawa proses kelulusan pinjaman Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri dibuat secara teratur, katanya.

“Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa, atau selepas keputusan Jemaah Menteri dibuat,” katanya.

Mohamed Apandi berkata daripada keseluruhan keterangan yang melibatkan keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan oleh perdana menteri.

“Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah,” katanya.

Bagi siasatan di bawah Kanun Keseksaan, beliau berkata tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri mengetahui “dan/atau” dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau.

Mohamed Apandi berkata tiada juga keterangan menunjukkan bahawa perdana menteri memberi apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau.

“Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa yang material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.

“Berdasarkan kepada fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwa raya, berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan ketiga-tiga kertas siasatan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan SPRM, Apandi berkata suruhanjaya itu melaksanakan siasatan menyeluruh sungguhpun jumlah fail yang terlibat “menyamai ketinggian beliau.”

“Di pihak kami, saya dan pasukan saya – juga telah melakukan penelitian menyeluruh ke atas kertas siasatan. Kami meneliti analisis forensik kesemua keterangan membabitkan angka dan nama.

“Kami malah bertungkus lumus berminggu-minggu untuk meneliti dan merangka carta aliran wang untuk kami memahami sepenuhnya apa yang berlaku dan keseluruhan episod. Ia bukanlah tugas yang mudah dan pasukan saya mengambil sedikit masa untuk menganalisis kesemua ini,” katanya, sambil mengangkat carta aliran wang itu, sekaligus menarik perhatian kumpulan jurugambar yang pantas merakamkan gambarnya.

Mohamed Apandi turut menafikan bahawa beliau tidak meminta sebarang penjelasan daripada SPRM berhubung siasatan itu.

“Kami menghantar balik kertas siasatan untuk mendapatkan penjelasan dan permohonan saya untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada mereka itu ada dicatatkan.

“Selain itu, saya ingin menjelaskan bahawa semasa saya mula menerima kertas siasatan, saya ada menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed menerusi panggilan telefon dan kaedah moden WhatsApp.

“Saya juga berhubung dengan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.Tidak benar untuk mengatakan bahawa saya tidak berhubung dengan mereka selepas menerima kertas siasatan,” katanya.

Menjawab soalan tentang tujuan sumbangan itu, Mohamed Apandi berkata ia adalah sumbangan peribadi antara keluarga diraja Arab Saudi dan perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada sumbangan itu bagi tanggungjawab sosial korporat, beliau menjawab: “Tidak, sebab kami merakamkan kenyataan daripada mereka.”

Terkini

Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat bom nuklear – Trump

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih – MOF

Dua anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Narathiwat

Sunway Property umum Pengarah Urusan baharu

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Video thumbnail
Kebakaran hutan Los Angeles
01:00
Video thumbnail
126 maut, 188 cedera dalam gempa bumi M6 8 di Xizang (Tibet)
01:00
Video thumbnail
Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah
01:00
Video thumbnail
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi proses rayuan penolakan Titah Adendum
01:00
Video thumbnail
Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu
01:00
Video thumbnail
Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru
01:00
Video thumbnail
Pertandingan Marhabban anjuran Penyelaras DUN Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.
00:47
Video thumbnail
Sungai Golok 'Mengepung', penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta
01:00
Video thumbnail
Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami
01:00
Video thumbnail
Taliban isytiharkan perang ke atas Pakistan
01:00
Video thumbnail
Sekurang kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737 800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan t
01:00
Video thumbnail
Tengah berzikir atau ritual memuja di tanah perkuburan
01:00
Video thumbnail
Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO
01:48
Video thumbnail
Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
01:00
Video thumbnail
Taufan Chido melanda Mayotte, paling dahsyat dalam 100 tahun
01:00
Video thumbnail
Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik 'crabbing' dapat perhatian dunia
01:00
Video thumbnail
Banjir: 14 wilayah selatan Di Thailand dalam keadaan berjaga jaga
01:00
Video thumbnail
Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari #Pattani #Yala
01:00
Video thumbnail
Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA
01:54
Video thumbnail
Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC
01:00
Video thumbnail
SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia
01:00
Video thumbnail
Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga
01:00
Video thumbnail
PGA Pasang Papan Tanda Amaran Tidak Guna Laluan Pangkalan Haram Untuk Ke Golok
01:00
Video thumbnail
CADANGAN MANSUHKAN SUBSIDI MINYAK MASAK PAKET DIBINCANGKAN
01:00
Video thumbnail
Tragedi kepala air: 'Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai'
01:00
Video thumbnail
Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar
05:14
Video thumbnail
Apa masalah Takiyuddin nak faham ni erk?
01:00
Video thumbnail
Kelebihan solat berjemaah di saf yang pertama
00:31
Video thumbnail
Serangan bom berani mati di stesen kereta api di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang
01:00
Video thumbnail
Nur Nilam sari
00:34
Video thumbnail
Gunung Lewotobi Laki Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut
01:00
Video thumbnail
Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri
01:00
Video thumbnail
Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji
01:00
Video thumbnail
Mari belajar tatanegara..
00:37
Video thumbnail
Tembak bekas kekasih bersama kekasih baru kerana cemburu
01:00
Video thumbnail
Penyanyi wanita Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat
01:00
Video thumbnail
حَيَّ عَلَىٰ ٱلصَّلَاةِ
00:55
Video thumbnail
RUGI TAK BANGUN SOLAT SUBUH BERJEMAAH
01:00
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Tag

Berkaitan

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

Bekas guru besar didakwa 15 pertuduhan subahat menipu

"Ia Antara PM Dan Kerabat Diraja Arab Saudi" – Peguam Negara

Soalan mudah: Adakah Raja atau Kerajaan Arab Saudi akan berdiam diri sekiranya Peguam Negara Berbihong atau mempergunakan nama diRaja Arab Saudi?

Saudi source said the donation was approved by the late King Abdullah

Peguam Negara tidak menyatakan mengapa kerabat diraja Arab Saudi memberi sumbangan RM2.08 bilion kepada Perdana Menteri, selepas memberi sebab-sebab untuk siasatan ditutup.

“Ia adalah antara keluarga itu dan Perdana Menteri.

“Kami (SPRM) telah mengambil keterangan daripada mereka,” kata Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika ditanya sama ada kertas siasatan ada menyatakan sebab pemberian dana itu.

Pada Selasa, Apandi Ali mengumumkan bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

Beliau berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.

“Tiada apa-apa kesalahan jenayah,” katanya dalam sidang media berhubung hasil siasatan kes berkenaan.

Berikutan itu, katanya, ketiga-tiga kertas siasatan berkaitan akan dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ditutup.

Mohamed Apandi berkata beliau telah mengkaji dengan teliti keseluruhan keterangan saksi-saksi, dokumen-dokumen serta maklum balas dalam kertas siasatan berhubung dana itu dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International.

Berhubung dana itu, katanya beliau berpuas hati bahawa wang yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri merupakan sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi kepadanya tanpa apa-apa balasan.

Beliau berkata keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan SPRM menunjukkan dana yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri di antara 23 Mac 2013 dan 10 April 2013 berjumlah US$681 juta (RM2.08 bilion) adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Mohamed Apandi berkata pihak SPRM sendiri dalam siasatannya telah merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada perdana menteri secara peribadi.

“Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah.

“Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti beliau sebagai perdana menteri,” katanya.

Mohamed Apandi berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

“Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut,” katanya.

Oleh itu, Mohamed Apandi berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada mana-mana negara untuk melengkapkan siasatan memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan RM2.08 bilion itu.

Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, beliau berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.

Di bawah Akta SPRM, beliau berkata tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri menyalahgunakan kedudukannya semasa mesyuarat Jemaah Menteri yang memberi kelulusan jaminan kepada wang pinjaman RM4 bilion oleh SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Keterangan juga menunjukkan bahawa proses kelulusan pinjaman Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri dibuat secara teratur, katanya.

“Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan perdana menteri meminta atau dijanjikan apa-apa suapan daripada mana-mana pihak sebelum, semasa, atau selepas keputusan Jemaah Menteri dibuat,” katanya.

Mohamed Apandi berkata daripada keseluruhan keterangan yang melibatkan keputusan atau tindakan, tidak menggambarkan apa-apa konflik kepentingan oleh perdana menteri.

“Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah,” katanya.

Bagi siasatan di bawah Kanun Keseksaan, beliau berkata tiada apa-apa keterangan yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri mengetahui “dan/atau” dimaklumkan terdapat kemasukan wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau.

Mohamed Apandi berkata tiada juga keterangan menunjukkan bahawa perdana menteri memberi apa-apa kebenaran untuk pemindahan mana-mana wang daripada akaun SRC International ke dalam akaun-akaun beliau.

“Keterangan menunjukkan bahawa pada masa-masa yang material, perdana menteri mempercayai segala pembayaran yang dibuat oleh beliau adalah dengan menggunakan wang sumbangan keluarga diraja Arab Saudi yang dipindahkan ke dalam akaun-akaun beliau sebelum itu.

“Berdasarkan kepada fakta dan keterangan, saya sebagai pendakwa raya, berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkaitan ketiga-tiga kertas siasatan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan SPRM, Apandi berkata suruhanjaya itu melaksanakan siasatan menyeluruh sungguhpun jumlah fail yang terlibat “menyamai ketinggian beliau.”

“Di pihak kami, saya dan pasukan saya – juga telah melakukan penelitian menyeluruh ke atas kertas siasatan. Kami meneliti analisis forensik kesemua keterangan membabitkan angka dan nama.

“Kami malah bertungkus lumus berminggu-minggu untuk meneliti dan merangka carta aliran wang untuk kami memahami sepenuhnya apa yang berlaku dan keseluruhan episod. Ia bukanlah tugas yang mudah dan pasukan saya mengambil sedikit masa untuk menganalisis kesemua ini,” katanya, sambil mengangkat carta aliran wang itu, sekaligus menarik perhatian kumpulan jurugambar yang pantas merakamkan gambarnya.

Mohamed Apandi turut menafikan bahawa beliau tidak meminta sebarang penjelasan daripada SPRM berhubung siasatan itu.

“Kami menghantar balik kertas siasatan untuk mendapatkan penjelasan dan permohonan saya untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada mereka itu ada dicatatkan.

“Selain itu, saya ingin menjelaskan bahawa semasa saya mula menerima kertas siasatan, saya ada menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed menerusi panggilan telefon dan kaedah moden WhatsApp.

“Saya juga berhubung dengan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki.Tidak benar untuk mengatakan bahawa saya tidak berhubung dengan mereka selepas menerima kertas siasatan,” katanya.

Menjawab soalan tentang tujuan sumbangan itu, Mohamed Apandi berkata ia adalah sumbangan peribadi antara keluarga diraja Arab Saudi dan perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada sumbangan itu bagi tanggungjawab sosial korporat, beliau menjawab: “Tidak, sebab kami merakamkan kenyataan daripada mereka.”

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Jenazah 6 mangsa nahas di Semporna selamat dikebumikan

28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik

Bekas guru besar didakwa 15 pertuduhan subahat menipu

Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat bom nuklear – Trump

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih – MOF

Dua anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Narathiwat

Sunway Property umum Pengarah Urusan baharu

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan