MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Rujuk Mahkamah Persekutuan jika tak setuju – Apandi

apandi ali_peguam negara_derma politik

Sesiapa yang tidak setuju dengan keputusan Peguam Negara mengenai kes SRC International (SRC) dan dana RM2.6 bilion, boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan tafsiran keputusan itu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menegaskan mana-mana badan yang dibentuk bagi mempersoalkan sebarang keputusan Peguam Negara adalah bertentangan dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini pendirian saya. Sesiapa yang tidak bersetuju, bebas mendapatkan tafsiran keputusan saya di Mahkamah Persekutuan,” katanya melalui Whatsapp.

Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan menyebut, Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, badan itu akan membentangkan keputusan Peguam Negara mengenai kes SRC dan dana RM2.6 bilion kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), bagi tujuan penilaian dan pertimbangan, selain dirujuk kepada satu lagi panel khas yang akan dilantik.

SPRM berkata, keputusan merujuk kepada PPO adalah prosedur yang diperuntukkan dalam mengurus kes sebelum mana-mana kes ditutup.

Justeru, tindakan merujuk kes Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada panel itu adalah satu proses biasa dan tidak sepatutnya ditafsir sebagai menolak keputusan yang diputuskan Peguam Negara.

Pada Selasa, Apandi pada satu sidang media, berkata Jabatan Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan SPRM berhubung kes SRC dan dana RM2.6 bilion.

Berikutan itu, beliau sudah mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan berkenaan ditutup. Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, meminta semua pihak, termasuk SPRM menghormati keputusan Peguam Negara mengenai kes berkenaan.

Katanya, keputusan itu patut dihormati semua pihak dan tidak membahaskannya terutama di dalam media sosial.

Beliau berkata, keputusan Peguam Negara dibuat setelah meneliti laporan yang dikemukakan daripada pelbagai sudut.

“Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara mengikut Perkara 145 (3) adalah mutlak, tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa, termasuk mahkamah.

“Jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan sesuatu pendakwaan, maka mereka tidak mempunyai asas untuk mencabarnya di mana-mana korum,” katanya dalam satu kenyataan.

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah