MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Bank Dunia harap Malaysia baiki kedudukan

Faris Hadad-Zervos

Bank Dunia berharap Malaysia mampu untuk berada pada kedudukan 10 terbaik untuk Laporan Menjalankan Perniagaan (DB) 2017 berdasarkan kepada kaedah pengukuran yang diguna pakai oleh badan dunia itu.

Pengurus Negara Bank Dunia untuk Malaysia, Faris Hadad-Zervos berkata, Malaysia telah berada pada kedudukan ke-18 daripada 189 negara dalam laporan tersebut yang menunjukkan transformasi ekonomi berjalan dengan baik.

Beliau berkata, Malaysia boleh berada dalam kedudukan yang lebih baik jika terus berusaha dan setakat ini dengan kerjasama antara Bank Dunia dan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), kedudukan itu boleh diperbaiki.

“Dalam soal memperbaiki kedudukan, kita perlu berlari lebih pantas daripada pesaing. Saya berharap Malaysia mampu untuk memperbaiki kedudukan dan saya yakin ia boleh dilakukan,’’ katanya pada sidang akhbar di majlis Menjalankan Perniagaan 2017-Arah Masa Depan Untuk Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Pemudah, Datuk Chua Tia Guan dan Penasihat Pembangunan Ekonomi Kumpulan Bank Dunia, Melissa Johns.

Menurut Laporan DB pada 28 Oktober 2015, Malaysia kekal dalam kalangan 20 ekonomi teratas di dunia, walaupun ketika negara lain terpaksa bertahan daripada tekanan ketidaktentuan ekonomi global.

DB 2016 meletakkan Malaysia mendahului Switzerland (26), Perancis (27), Belanda (28), Jepun (ke-34), Emiriyah Arab Bersatu (31), Thailand (49), China (84) dan India (130), manakala di dalam ASEAN, Malaysia menduduki tempat kedua, di belakang Singapura.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, Tia Guan berkata, Malaysia pernah berada di tempat keenam dalam DB 2015 oleh Bank Dunia.

Tetapi katanya, terdapat perubahan dalam penunjuk yang diguna pakai oleh Bank Dunia menyebabkan Malaysia berada pada kedudukan ke-18.

“Saya melihat ini (kedudukan Malaysia) dari sudut positif. Sudah tentu Bank Dunia ada sebab mengubah kaedahnya. Apa sahaja kaedah yang diguna pakai, kita mesti berada pada kedudukan yang terbaik, misalnya dalam kalangan 10 yang terbaik,’’ kata beliau.

Beliau menambah, dalam usaha menambah baik kedudukan, Malaysia tidak boleh berdiam diri ketika negara-negara yang lain berusaha mengatasi kedudukan mereka.

# Tag

Berkaitan

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hab helikopter Weststar di Melaka majukan industri aeroangkasa negara

Tarif: Trump tarik brek, saham AS melonjak; Bursa Malaysia melonjak 65 mata

Harga emas melonjak 3%, catat kenaikan terbesar dalam tempoh setahun setengah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah