MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kami mampu atasi Vietnam – Corbin-Ong

Ia sukar, tetapi bukan suatu misi yang mustahil.
Itulah pandangan bek kiri Harimau Malaya La’Vere Lawrence Corbin-Ong apabila ditanya mengenai peluang skuad bola sepak negara dalam perlawanan menentang Vietnam, Jumaat ini pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagaimanapun, beliau berkata untuk menjayakan misi itu kesemua pemain Harimau Malaysia perlu 100 peratus bersedia dan fokus dalam menghadapi Vietnam.

Mengimbau kembali perlawanan sebelum ini yang menyaksikan Malaysia tewas tipis 0-1 kepada skuad Naga Emas bimbingan Park Hang-seo itu pada Oktober 2019 di Hanoi, pemain Johor Darul Ta’zim itu mengakui Vietnam adalah skuad yang padu, sangat berdisiplin dan sukar untuk skuad negara mengucar-ngacirkan   pasukan tuan rumah itu.

“Pada asasnya mereka bermain dengan lima pemain bek dan sukar untuk mencari ruang antara pemain Vietnam …mereka gemar memberikan tekanan, amat cergas dan berfungsi sebagai satu unit yang padu tetapi saya percaya kami mampu memecahkan benteng mereka dalam perlawanan seterusnya nanti jika kami bersatu hati,” katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Pemain berusia 30 tahun itu juga percaya Malaysia perlu menggunakan kelebihan ketinggian pemainnya seperti  Liridon Krasniqi (1.92m), Junior Eldstal (1.91m) dan Dion Cools (1.85m) semasa diberikan sepakan percuma ketika menentang Vietnam.

Pada masa sama, beliau memuji pendatang baharu, Cools pemain kacukan Malaysia-Belgium yang menyertai pasukan itu minggu lepas dan menyifatkannya sebagai seorang pemain berkualiti tinggi.

Corbin-Ong juga berkata beliau sedang berusaha mendapatkan keserasian dengan Cools yang merupakan anak kelahiran Kuching yang kini bermain dengan pasukan Superliga Denmark FC Midtjylland.

Beliau yang merupakan anak  kelahiran London berkata semangat pasukan adalah tinggi biarpun kalah teruk 0-4 di tangan UAE di Stadium Zabeel Jumaat lepas.

Selepas berhadapan Vietnam, Malaysia akan mengakhiri perlawanan Kumpulan G menentang Thailand pada 15 Jun ini, juga di Stadium Al Maktoum, Dubai.

Malaysia kini berada di kedudukan keempat Kumpulan G dengan sembilan mata, sama dengan pasukan tempat kedua, UAE dan tempat ketiga Thailand yang kedua-duanya mempunyai kelebihan jaringan.  Vietnam di kedudukan teratas dengan 11 mata sementara Indonesia di tangga terbawah dengan hanya satu mata.

— BERNAMA

# Tag
Berkaitan

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas