MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Raja Perlis harap pelantikan Ismail Sabri bawa kestabilan negara

KANGAR  — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan akan membawa kepada kestabilan negara.

Baginda juga berharap Ismail Sabri mampu mengurus dan menangani pandemik COVID-19 yang memberi kesan mendalam terhadap kehidupan rakyat.

“Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di atas pelantikan sebagai perdana menteri kesembilan dan berharap agenda pembangunan negara dapat diteruskan bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19,” titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks DUN Perlis dekat sini hari ini.

Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah kombinasi dua situasi iaitu wabak COVID-19 dan iklim politik negara yang tidak menentu memberi kesan negatif kepada agenda pembangunan negara yang secara amnya terjejas dengan serius.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah kekeliruan dan ketidaktentuan politik ini juga tidak sihat kepada iklim pelaburan negara dan pelabur tidak akan tertarik untuk melabur dalam situasi begini.

“Pelabur sedia ada mungkin akan menarik pelaburan mereka dan berhijrah ke negara lain yang dilihat lebih menarik,” titah baginda.

Titah baginda jika situasi begini berterusan, ia bakal merencatkan agenda pembangunan negara.

“Bagaimanapun beta merasa agak lega kerana iklim politik di Perlis adalah tenang dan stabil. Beta ingin menyeru supaya ahli berhormat (Ahli Dewan Undangan Negeri) sentiasa berfikiran rasional dan saling bekerjasama dalam mengekalkan kestabilan ini.

“Letakkan kepentingan rakyat di hadapan mengatasi kepentingan politik peribadi. Beta yakin dengan perancangan teliti Kerajaan Negeri, didorong pula oleh suasana politik yang stabil, Perlis akan menjadi destinasi menarik kepada pelabur-pelabur dan akan terus bergerak maju,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda bersyukur kerana Perlis telah memasuki FasaTiga Program Pemulihan Nasional (PPN).

“Ini bermakna rakyat sudah dapat bergerak dengan lebih bebas, rakyat boleh menjalankan lebih banyak lagi aktiviti ekonomi harian dan berpeluang mencari punca pendapatan untuk mengurangkan bebanan kos hidup keluarga serta ia menyumbang kepada pemulihan ekonomi dengan lebih cepat,” titah baginda.

Baginda turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menangani wabak ini.

Titah baginda peranan besar mereka berada di barisan hadapan perlu diberikan pujian dan syabas kepada seluruh rakyat yang telah memberikan kerjasama rapat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)  yang ditetapkan oleh kerajaan.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas