MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Hukum meraikan Pesta Kuih Bulan atau Pesta Tanglung

Perayaan Kuih Bulan atau Pesta Tanglung bukanlah sesuatu yang asing di negara ini. Perayaan yang diraikan pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina (akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September) ini cukup popular dalam kalendar pelancongan. Sesuai dengan namanya, sepanjang tempoh perayaan ini kuih bulan menjadi hidangan istimewa dan ia sering dijadikan buah tangan kepada keluarga dan kenalan.

Kuih bulan diperbuat daripada adunan manis yang berintikan kacang merah, adunan biji teratai atau kuning telur masin. Menurut sejarah, kuih bulan dahulu digunakan untuk menghantar pesanan kepada pemberontak yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Kini, kuih bulan bukan hanya digemari masyarakat Cina, malah ia juga menjadi kesukaan pelbagai kaum. Rasanya yang unik dan istimewa membuatkan ramai yang ternanti-nantikannya saban tahun. Dek populariti yang diraih, kuih bulan masa kini bukan sahaja terhad kepada perisa bunga teratai dan telur masin, tetapi sudah boleh didapati dalam pelbagai perisa moden seperti  teh hijau, mocha, mentega kacang, keladi, caramel macchiato, dan durian.

Variasi kuih bulan yang menyelerakan ini sudah pasti akhirnya menarik minat umat Islam untuk menikmatinya. Mencari kuih bulan versi halal juga bukanlah satu isu, kerana ketika ini ia mudah didapati di pasaran. Bagaimanapun, masih ada segelintir umat Islam yang masih ragu-ragu untuk menjamah kuih bulan. Bukan kerana isu halal, tetapi bimbang boleh memesongkan akidah memandangkan ia disediakan bagi meraikan perayaan masyarakat Cina.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apa kata kita ambil tahu dahulu tentang perayaan yang berkaitan dengan Pesta Tanglung ini. Ia adalah pesta yang mula diadakan ketika zaman Dinasti Qin, iaitu jatuh pada bulan Yuan pada masa silam. Ia adalah malam pertama untuk melihat bulan penuh. Disebabkan malam dikenali sebagai xiao dalam Bahasa Mandarin, maka festival tersebut dikenali sebagai Festival Yuan Xiao.

Jika diselidiki, terdapat banyak kisah di sebalik asal-usul Pesta Tanglung ini, dan salah satu daripadanya ialah terdapat hikayat menyatakan bahawa ia berkaitan tentang legenda dalam agama Buddha. Menurut legenda itu, hari ke-15 bagi bulan pertama kalendar adalah hari di mana Sakyamuni telah menewaskan syaitan-syaitan. Untuk mengingati hari tersebut, tanglung dinyalakan.

Bagaimanapun, di Malaysia hari ini, Pesta Tanglung yang diraikan bersama Pesta Kuih Bulan telah menjadi aktiviti kebudayaan dan dimeriahkan dengan perarakan dan pelepasan tanglung beramai-ramai. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Cina (Chinese folk religion) di mana mereka akan berdoa sambil memegang tanglung dan dibakar sebelum dilepaskan ke udara dengan harapan hajat mereka dimakbulkan tuhan.

Jadi adakah menjadi kesalahan kepada umat Islam jika meraikan pesta ini sehingga boleh memesongkan akidah? Merujuk portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam satu artikel yang dimuat naik pada 5 Oktober 2017 menjelaskan tidak menjadi kesalahan untuk umat Islam meraikan Pesta Tanglung mahupun Pesta Kuih Bulan. Ini kerana sambutan perayaan atau pesta ini pada ketika ini lebih kepada acara kekeluargaan, bukan lagi kepercayaan masyarakat Cina.

Berikut adalah petikan kenyataan yang ditulis oleh Datuk Dr. Zulkifli berhubung isu ini:

“Setelah meneliti beberapa sisi sejarah, mitos serta falsafah Pesta Tanglung ini, kami berpandangan ianya adalah harus dan dibenarkan di sisi Islam. Ini berdasarkan beberapa kaedah fiqh:

الحُكْمُ يَدُورُ مَعَ عِلَّتِهِ وُجُودًا وَعَدَمًا

Maksudnya: “Sesuatu hukum berlegar bersama-sama illahnya ketika ia ada dan tiada.”

Di sini, ‘illah pengharamannya iaitu unsur-unsur aqidah dan kepercayaan masyarakat Cina telah terhapus pada masa sekarang ini. Ia lebih dilihat sebagai festival kekeluargaan dan kegembiraan semata-mata. Maka, ianya bukan lagi boleh dikategorikan sebagai sebuah perayaan keagamaan. Selain itu, sejarah dan mitos yang kabur dan bercampur aduk ini menyebabkan ianya tidak boleh dihukum dengan tetap sebagai sebuah perayaan keagamaan. Kami lebih melihatnya sebagai pesta kebudayaan.

Selain itu, ada kaedah menyatakan:

لا يُنْكَرُ تغيّرُ الأحكامِ بتغيُّرِ الأزمانِ

Maksudnya: “Tidak dapat diingkari bahawa hukum akan selalu berubah dengan sebab perubahan waktu dan tempat.”

Kesimpulannya, tidaklah menjadi kesalahan untuk umat Islam menikmati kuih bulan sepanjang tempoh pesta ini berlangsung, sekalipun ia seolah-olah meraikan hari istimewa masyarakat Cina ini. Ia sama sekali tidak menjejaskan akidah. Namun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan kuih bulan itu diperbuat daripada bahan-bahan halal sebelum menjamahnya.

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/

# Tag
Berkaitan

Peranan penting Magnesium dalam pengurusan dan pencegahan diabetes

Mitos tentang pulut

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas