MENU

MENU

More
  • Terkini
  • Gaya hidup

๐ŸŽฆ Pengantin lelaki, wanita dirasuk semasa majlis perkahwinan

Video itu mendapat tiga juta tontonan bersama 117 tanda suka dan ratusan komen di laman TikTok.

JAKARTA โ€“ Seorang pengantin wanita tiba-tiba menari sambil disaksikan oleh suaminya ketika mereka menunggu untuk bergerak ke pelamin dalam majlis perkahwinan di Barabai, Kalimantan Selatan, lapor portal berita Tribun Trends semalam.

Ketika menari, pengantin wanita itu ketawa dan bercakap dengan suara tidak jelas sehingga menyebabkan tetamu majlis tersebut kebingungan. Ada antara mereka yang cuba untuk menenangkan mangsa tetapi tidak berjaya.

Kejadian itu turut dirakam  dan disiarkan  di laman TikTok menerusi akaun @veranadia.anggi.

Tidak lama kemudian, pasangannya turut dirasuk dan menari tetapi seorang wanita separuh usia  bertindak menepuk-nepuk punggung lelaki tersebut.

Dia kemudian  duduk di atas lantai dan dengan nada marah,  meminta bunga kembang tujuh rupa.

Permintaan pengantin lelaki itu kemudian dipenuhi dan rasukan itu berakhir selepas kepala  pengantin lelaki dan perempuan  bersentuhan. kedua-dua mereka kemudian sedarkan diri.

Video itu mendapat tiga juta tontonan bersama 117 tanda suka dan ratusan komen di laman TikTok. โ€“ AGENSI

# Tag
Berkaitan
Popular
Terkini
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah