MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[Video] Relau lumpuh penduduk positif COVID-19, kuarantin

KULIM: Pekan kecil Relau di Bandar Baharu di sini lumpuh selepas lebih 100 penduduknya positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Kulim manakala bakinya diarah kuarantin di rumah.

EXCO Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata wabak berkenaan tercetus selepas seorang penduduk wanita yang positif COVID-19 menghadiri majlis keagamaan di kawasan berkenaan.

“Ketika ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah masih meneruskan ujian saringan kontak rapat yang hadir pada majlis yang dihadiri wanita berkenaan baru-baru ini.

“Ada antara mereka dibawa ke hospital menggunakan bas dan van Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan dan kebanyakan mereka adalah warga emas,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam tular gambar dipercayai penduduk di Relau dibawa menaiki bas dan van ke hospital bagi tujuan saringan COVID-19 yang dipercayai berpunca daripada seorang wanita yang hadir di majlis tadarus al-Quran sebelum ia merebak kepada jemaah masjid dan ahli keluarga.

Dr Mohd Hayati berkata, pihak JKN turut membawa penduduk yang mengalami gejala ke hospital bagi mengelak mereka berhubung bersama ahli keluarga yang sihat di rumah.

“Saya tidak pasti berapa jumlah mereka yang dibawa untuk lakukan saringan, tetapi memang ramai kerana yang bergejala turut dibawa kerana bimbang mereka akan positif dalam tempoh dua minggu.

“Cuma sekarang kita bimbang sudah ramai yang dijangkiti namun tidak mempunyai gejala dan setakat ini hospital masih lagi mampu tampung jumlah mereka,” katanya.

Berikutan itu, Dr Mohd Hayati meminta individu yang mempunyai kontak rapat atau mempunyai gejala agar tampil melakukan saringan selain bersikap jujur mengenai keadaan kesihatan mereka.

“Mungkin ramai penduduk tidak perasan sudah dijangkiti kerana tidak mempunyai gejala, tetapi apabila ada majlis agama dan sebagainya, mereka bersembang rapat dan tidak pakai pelitup muka termasuk bersalaman dan berpelukan.

“Kita bimbang kerana banyak kes sekarang tidak bergejala, jadi sila ambil perhatian dan kita tidak mahu wabak ini terus berjangkit kepada golongan yang berisiko,” katanya.

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Terkini

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?