MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Mufti Perak dijangkiti COVID-19

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, disahkan positif COVID-19 dan kini masih dalam rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, ketika dihubungi melalui WhatsApp, mengesahkan perkara itu, selain meminta agar semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB. Mohon doa dari semua.

“Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di HRPB. Berkenaan (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, (maka) itu perlu dirujuk kepada ahli keluarganya,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta maklum balas mengenai mesej yang viral menerusi WhatsApp berkenaan Harussani yang dijangkiti wabak itu.

Mesej itu antara lain menyatakan Harussani disahkan positif COVID-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, namun dalam keadaan beliau masih sedar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, melalui hantaran di Facebook beliau pada 12 Mei lalu turut memuat naik mengenai keadaan Harussani.

“Saya mendapat maklumat Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan dan isteri beliau positif COVID-19, sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Raja Bainun Ipoh.

Sama-sana kita berdoa agar Allah pelihara kedua-dua insan yang kita kasihi ini,” tulisnya.

# Tag
Berkaitan

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular
NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Lelaki berusia 60 tahun mati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Tarik lesen penyiaran Sin Chew Daily – Razlan

Sin Chew Daily mohon maaf

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas