Strategi penggodam, warganet Malaysia berkesan – Pakar Geostrategis

Ancaman kepimpinan rejim zionis Israel mengarahkan ejen perisikannya Shin Bet dan Mossad menyerang negara seperti Iran, Turki, Qatar dan Malaysia, dari satu sudut satu penghormatan kepada keberkesanan strategi hackers atau penggodam dan warganet dari negara ini.

Pakar Geostrategis Dr Azmi Hassan berkata, Israel melihat tekanan dari rakyat Malaysia melalui media sosial berkesan sehingga mereka terpaksa membuat ugutan sedemikian rupa.

Malah, beliau berkata, ledakan tindak balas rakyat di media sosial berhubung kekejaman Israel mengebom rumah rakyat Palestin turut berlaku di negara kuasa besar.

“Saya ambil contoh di Amerika Syarikat (AS). Walaupun Joe Biden (Presiden AS) menyokong 100 peratus Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel), tetapi rakyat biasa AS saya melihat memang tidak senang dengan sokongan kerajaan AS itu.

“Kenapa mereka tidak senang? Ini adalah kerana maklumat dari media sosial umpamanya yang mempamerkan kekejaman Israel. Rakyat AS merasa malu terhadap Presiden mereka.

“Jadi saya melihat tekanan yang datang dari media sosial terhadap Israel agak kuat. Tekanan itu antaranya hadir daripada ramai hackers (penggodam) dari Malaysia, jelas memberikan kesan hingga Israel membuat ugutan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, tekanan Israel memang mencetuskan kebimbangan berikutan Malaysia antara negara sasaran tetapi itu memberikan persepsi bahawa ‘hackers Malaysia’ dan ‘serangan’ warganet sesuatu yang efektif dan perlu diteruskan.

Menurutnya, gambaran pertempuran siber pada waktu sekarang adalah di sebelah Israel dikatakan ada tentera zionis yang cuba memberikan naratif apa yang berlaku mengikut selera mereka.

“Bagi pihak di sebelah yang anti Israel pula memberikan naratif sebenar. Ini yang dikatakan pertembungan naratif.

“Benda yang sama tetapi naratif yang berlainan itu mampu memberi gambaran kepada pembaca media sosial.

“Jadi sebab itu dikatakan peperangan di media sosial amat penting kerana siapa yang menang akan menang dalam memberi gambaran naratif persepsi masing-masing.

“Jadi ini dikatakan amat kritikal sekali yang mana hackers inilah melakukan kerja mereka,” katanya.

Beliau berkata, dunia ketika ini banyak bergantung kepada teknologi seperti komunikasi dan dalam hal ini satu daripada peperangan di alam maya adalah untuk melumpuhkan sistem yang digunakan oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF).

“Tetapi kita juga perlu berhati-hati sebab IDF juga boleh bertindak balas kepada kita.

“Sebab itu ketika ada ugutan daripada IDF umpamanya terhadap Malaysia, kita perlu berhati-hati kerana mereka juga boleh melakukan serangan maya terhadap fasiliti kita. Jadi perlu bersedia dalam hal ini,” katanya.

Ditanya adakah situasi waktu ini menandakan ambang Perang Dunia Ketiga, katanya, beliau berkata, ia belum sampai ke peringkat itu.

Ini kerana, katanya, ketika ini negara yang secara langsung campur tangan dalam konflik Palestin-Israel hanya AS.

“Negara kuasa besar lain seperti Russia dan China dikatakan belum campur tangan secara mendalam.

“Jadi belum sampai lagi peringkat di ambang Perang Dunia Ketiga,” katanya.

Apa pun, katanya, perisikan dan cawangan khas negara perlu lebih peka dengan ancaman Israel berikutan dibimbangi tragedi pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, yang juga imam dari Palestin pada 2018 berulang lagi.

Dilaporkan pada waktu itu memetik kenyataan Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash bahawa pembunuhan di Setapak, Kuala Lumpur itu dipercayai didalangi Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lalu diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin minggu lalu.

Serangan udara yang masih berterusan khususnya di Gaza adalah susulan pencerobohan tentera rejim Israel terhadap bumi Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...