NASIONALNAHAS & BENCANA Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

"Dua minggu tak makan... Saya minum air hitam, air coklat, air periuk kera, air apa semua..."

Selepas dua minggu dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih, misteri kehilangan pendaki wanita, Jaslinda, akhirnya terjawab. Dia ditemui dalam keadaan selamat, sekaligus menamatkan penantian penuh debaran seluruh ahli keluarga dan rakyat Malaysia.

Kronologi Penemuan

Jaslinda ditemui oleh seorang warga Orang Asli bernama Bah Roslan di kawasan Kampung Lubuk GaharuPos MusohTapah, Perak.

Sejurus selepas ditemui, dia segera dibawa ke rumah Tok Batin kawasan berkenaan, Batin Asmadi, untuk diberikan perlindungan awal sementara menanti ketibaan pihak berkuasa. Jaslinda kemudiannya telah dikejarkan ke Hospital Tapah bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya Minum Air Hitam, Air Periuk Kera…”

Menerusi sebuah video temu bual ringkas yang tular, Jaslinda sempat berkongsi serba sedikit pengalaman ngerinya bertahan hidup (survive) di dalam hutan tebal sepanjang dua minggu tanpa sebarang bekalan makanan.

“Dua minggu tak makan… Saya minum air hitam, air coklat, air periuk kera, air apa semua…” katanya sambil tersenyum syukur.

Jaslinda turut menambah, dalam keadaan terdesak itu, dia terpaksa ‘menikmati’ sahaja apa-apa air yang ditemui termasuklah air daripada daun-daun pokok demi mengalas perut dan melepaskan dahaga walaupun rasanya pahit.

Nyata, semangat kental dan kuasa tuhan memihak kepada dirinya untuk terus bertahan sehingga ditemui. Sama-sama kita doakan agar Jaslinda kembali sihat sepenuhnya dan cepat sembuh daripada trauma yang dilalui!

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Mengenai kami