MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Neelofa 1 pertuduhan, suami berdepan 2 pertuduhan

NILAI: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa akan didakwa di Mahkamah Seremban esok atas satu pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Suaminya pula, Muhammad Haris Mohd Ismail yang lebih dikenali sebagai PU Riz bakal berdepan dua pertuduhan esok.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pertuduhan terhadap pasangan terbabit akan dijalankan selepas kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKPB membabitkan kedua-duanya dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kedua-dua penama berkenaan akan dituduh mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

“Muhammad Haris akan dihadapkan atas dua pertuduhan iaitu yang pertama gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual dan tuduhan kedua iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam sebagaimana ditetapkan dalam SOP PKPB.

“Neelofa pula dituduh ekoran gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual.

“Hukuman bagi setiap pertuduhan adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pihak polis menasihati orang ramai terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Katanya, prinsip tiada individu yang mengatasi undang-undang adalah diutamakan dalam penguatkuasaan undang-undang.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan PU Riz dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet berkenaan.

Berkaitan

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’

Legenda Bandar Ayer Itam: Dua Batu Ini Mempunyai Jantina!

Terkini

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning