MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

NTUC FairPrice di stesen MRT Yishun antara tempat dikunjungi kes COVID-19

SINGAPURA: Sebuah cawangan NTUC FairPrice di stesen MRT Yishun di Yishun Avenue 2 dan beberapa pasar raya yang lain merupakan antara 17 tempat yang ditambah ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi oleh kes COVID-19 semasa mereka dalam keadaan berjangkit.

Dalam kemas kini sebelah malam mengenai situasi koronavirus di Singapura pada Rabu (2 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pesakit yang berjangkit berada di tempat dan masa yang ditetapkan.

MOH menyatakan ia sudah pun menghubungi mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes disahkan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat-tempat tersebut pada masa yang disenaraikan harus memantau kesihatan mereka dengan teliti sepanjang 14 hari dari tarikh kunjungan mereka,” tambahnya.

“Mereka juga harus segera berjumpa doktor jika mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau dan beritahu doktor tentang tempat-tempat yang dikunjungi sebelum ini.”

Orang ramai boleh mengakses khidmat Periksa Sendiri Padanan Lokasi SafeEntry melalui aplikasi mudah alih TraceTogether, aplikasi SingPass atau laman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa jika mereka berada di lokasi-lokasi tersebut pada waktu-waktu tertentu, berdasarkan rekod SafeEntry masing-masing.

Mereka juga tidak perlu menjauhi tempat-tempat yang dikunjungi kes-kes COVID-19, menurut MOH.

Agensi Sekitaran Kebangsaan akan memberi panduan kepada pihak pengurusan premis-premis terjejas tentang kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Singapura melaporkan 31 kes baru COVID-19 pada Rabu. Ini termasuk 24 jangkitan tempatan di mana lima tidak mempunyai kaitan dengan kes jangkitan sebelumnya.

  • TODAY/HA/ha

Berkaitan

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba