PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai dendek – Ahmad Zahid

    PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung

    Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

    Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah.

    “Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya’ Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini.

    Ditanya berhubung koordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman.

    “Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi saya dan saya telah berbincang dengan Jawatankuasa War Room di peringkat nasional mengenai gerak kerja yang telah dijalankan,” katanya.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 12 dan 22 April.

    PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown.

    Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.

    Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada lebih 1,000 penerima sempena program Sumbangan Asnaf Parlimen Bagan Datuk dan program Ceria ke Sekolah 2025.

    Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan diadakan pada 26 April 2025. Berikut adalah beberapa maklumat terkini berkaitan penglibatan Barisan Nasional (BN) dalam PRK ini:

    • Keyakinan BN:
      • MIC yakin bahawa BN akan dapat mengekalkan kemenangan di DUN Ayer Kuning dengan majoriti yang lebih besar berbanding pilihan raya sebelum ini.
      • BN Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada PRK DUN Ayer Kuning.
    • Isu-isu Utama:
      • Isu kesesakan jalan raya dan ekonomi setempat dijangka menjadi tumpuan dalam kempen PRK ini.
      • Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan, mencadangkan agar isu-isu ini diberi keutamaan dalam kempen BN.
    • Tarikh Penting:
      • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April 2025.

    BN dilihat optimis untuk mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning. Pendekatan yang berbeza dan fokus kepada isu-isu tempatan dijangka menjadi strategi utama BN dalam menghadapi PRK ini.

    Berkaitan

    PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

    Tengku Zafrul masih ahli UMNO – Ahmad Zahid

    Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

    PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN – Saifuddin

    Terkini

    EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Berkaitan

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag

    Berkaitan

    PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

    Tengku Zafrul masih ahli UMNO – Ahmad Zahid

    Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Terkini

    EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

    Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

    Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

    Â