Siasatan SPRM Terhadap Bekas Pegawai Tabung Haji: Soalan Tentang Masa, Standard dan Label Politik

Jika logik yang sama digunakan, adakah bekas pegawai yang juga ahli politik PKR yang didakwa atas lima pertuduhan rasuah patut dilabel sebagai “SALAH PMX” atau “SALAH PH”?.

Sejak beberapa hari lalu, SPRM dilaporkan menahan reman dan menyiasat beberapa bekas pegawai Lembaga Tabung Haji (LTH) berdasarkan laporan yang dibuat sekitar 2018 hingga 2019. Persoalan timbul mengapa siasatan dan tindakan reman baharu diambil selepas tujuh hingga lapan tahun.

Ada spekulasi bahawa perkara itu mungkin pernah disiasat semasa pemerintahan PH 1.0 dan sepanjang hampir empat tahun Kerajaan Madani, tetapi tindakan lanjut hanya muncul selepas isu RCI Tabung Haji dihebohkan kira-kira tiga hari sebelum PRN Negeri Sembilan.

Enam perkara yang dirujuk kepada SPRM adalah:

  • Dakwaan rasuah dalam pembelian Ladang Weida Bhd oleh TH Plantation, anak syarikat LTH;
  • Dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan Restoran Opah di KL Sentral;
  • Dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan Restoran Nasi Dalca di tingkat 2 Bangunan Ibu Pejabat LTH;
  • Dakwaan penyelewengan dan rasuah oleh bekas Ketua Pegawai Operasi LTH berkaitan kerja pengubahsuaian;
  • Dakwaan pemalsuan dokumen pembekalan anak benih getah TH Plantation di Ladang TH-Usia Jatimas, Sandakan; dan
  • Dakwaan salah laku dan penyelewengan melibatkan pegawai THP Bina Sdn Bhd dan THP Timur Sdn Bhd (anak syarikat TH Properties).

Walaupun individu yang disiasat adalah bekas pegawai dan bukan ahli politik UMNO, sesetengah pihak dari kalangan CEPLOS dan JKOM terus melabelkan kes ini sebagai “SALAH UMNO”.

Persoalan yang diajukan ialah: jika logik yang sama digunakan, adakah bekas pegawai yang juga ahli politik PKR yang didakwa atas lima pertuduhan rasuah (selepas isu terbongkar melalui video tular) patut dilabel sebagai “SALAH PMX” atau “SALAH PH”?

Jika satu pihak mahu mengaitkan terus tindakan pegawai dengan parti pemerintah pada masa berkenaan, standard yang sama sepatutnya dipakai kepada semua pihak tanpa pengecualian. Clarification daripada JKOM dan CEPLOS diperlukan supaya tiada standard berganda dalam menilai kes-kes sebegini.

Berkaitan

Surat Suai Kenal Jadi Teori Konspirasi: English Lemah atau Sengaja Buta Huruf?

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Terkini

AM

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

POLITIK

Surat Suai Kenal Jadi Teori Konspirasi: English Lemah atau Sengaja Buta Huruf?

POLITIK

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

POLITIK

[VIDEO] UMNO dan Isyarat Pilihan Raya Awal: Antara Mandat Baharu dan Realiti Politik Semasa

EDITORIAL

[VIDEO] Tabung Haji Sebelum 2018: Kedudukan Sebenar, Dasar Dan Tanggung Jawab Institusi

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah