MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Dr. Mahathir tawar dirinya ketuai ‘Mageran’

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan dirinya untuk mengetuai sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) dalam menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik COVID-19.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mencadangkan penububuan badan seperti MAGERAN ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

“Kami tidak sebut siapa akan mengetui, tapi sebab saya ada di situ, saya tawarkan perkhidmatan saya. Tapi kalau Mageran hanya boleh dibentuk berdasarkan cadangan Kerajaan, saya ragu Kerajaan akan mencadangkan Mageran, sudah tentu bukan bersama saya,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapakah yang layak untuk mengetuai badan seperti Mageran sekiranya ditubuhkan.

Sementara itu Dr. Mahahtir memaklumkan beliau mencadangkan penubuhan itu kepada Al-Sultan ABdullah bersandarkan kejayaan penubuhan Mageran pada 1969 yang diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Mageran ditubuhkan ketika itu bagi menyelesaikan masalah politik yang dihadapi dan bagi memastikan negara kekal stabil untuk tempoh panjang.

Selain itu, katanya, badan seperti Mageran lebih mampu memastikan jumlah jangkitan dan kematian ketika ini berkurangan kerana ia bukan saja dibarisi ahli politik, malah teknokrat seperti pakar epidemiologi dan seumpamanya.

“Saya bangkitkan kemungkinan mewujudkan badan khusus seperti Mageran pada 1969. Saya cadangkan kerana kita dapati Mageran yang ditubuh dulu, diketuai Tun Abdul Razak berjaya tangani masalah politik ketika itu.

“Ia diselesaikan dengan Tun Abdul Razak menjemput parti lawan menyertai kerajaan, beliau dapat tarik PAS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) untuk bekerjasama dengan kerajaan.

“Tun Abdul Razak juga cadangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Melalui cadangan ini, beliau berjaya menstabilkan politik dalam negara dan memerintah dengan majoriti lebih kuat,” katanya.-SM

Berkaitan

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Terkini

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba