MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

FMM cadang Fasa Kawalan Pergerakan Bersasar untuk putuskan rantaian COVID-19

Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mempertimbangkan melaksanakan Fasa Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara bersasar untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Presidennya Datuk Soh Thian Lai berkata FMM bimbang lebih banyak lagi perniagaan sama ada gulung tikar atau memberhentikan pekerja kerana kebanyakan syarikat terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana menghadapi masalah kewangan berikutan aktiviti perniagaan tidak dibenarkan.

“Untuk meminimumkan kesan terhadap industri dan ekonomi, negeri/kawasan yang mencatatkan kes rendah atau terkawal harus dibenarkan beroperasi tanpa membezakan antara sektor penting dan tidak penting.

“Langkah-langkah kawalan pergerakan sepatutnya disasarkan kepada kawasan yang mencatatkan kes tinggi jangkitan COVID-19 supaya rantaian pandemik itu dapat diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Fasa Pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok tidak akan ditamatkan, malah diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai depan.

Fasa pertama itu dilanjutkan kerana jumlah kes COVID-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

Justeru, Soh berkata keputusan kerajaan untuk melanjutkan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan itu adalah mengecewakan bagi komuniti perniagaan khususnya dalam sektor pembuatan.

Kawalan pergerakan yang berlanjutan itu memberi kesan negatif kepada daya saing negara kerana Malaysia adalah hab pembuatan utama di peringkat serantau bagi industri yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan, katanya.

Sementara itu, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dalam satu kenyataaan berasingan berkata MEF meluahkan kebimbangan terhadap kawalan pergerakan yang berpanjangan tersebut kerana ia akan memberi kesan lebih buruk kepada ekonomi dan masyarakat.

Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berharap supaya kerajaan dapat memperkenalkan langkah-langkah baharu dengan membenarkan majikan yang dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk membuka semula perniagaan mereka sepenuhnya.

“Perlu ada sedikit kelonggaran untuk membolehkan orang ramai menjalankan perniagaan dan ini perlu dilakukan. Kita perlu sedar bahawa memerangi pandemik COVID-19 bukan hanya untuk melaksanakan kawalan pergerakan,” katanya.

Kawalan pergerakan itu telah memberi kesan kepada majikan, pekerja, rakyat dan negara, kata Syed Hussain.

Berkaitan

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Terkini

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama