Johor lakukan anjakan strategi urus COVID – Hasni

Kerajaan negeri Johor sedang melakukan anjakan strategi dalam menguruskan pandemik COVID-19, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Hasni berkata ini kerana Johor menyedari bahawa COVID-19 akan menjadi endemik dan ‘hidup’ dalam masyarakat untuk masa yang agak lama.

Beliau berkata justeru, satu pemahaman baharu menerusi pemerkasaan protokol kesihatan awam harus dipraktikkan supaya COVID-19 dapat diurus dengan lebih cekap dan efisien.

“Langkah ini termasuk memperbanyakkan akses bagi kit ujian peribadi, menyediakan sejumlah peruntukan untuk mendapatkan lebih banyak bekalan vaksin serta langkah-langkah lain yang munasabah.

“Di bawah anjakan strategi baharu, Johor akan melakukan saringan, kesan dan memberi vaksin dengan lebih baik,” katanya di sini malam ini.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan negeri Johor mempercepatkan pelaksanaan inisiatif melawan pandemik COVID-19 yang kini dilihat dalam keadaan kritikal.

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

PELANCONGAN/KULINARI

[TONTON] Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO

NAHAS & BENCANA

Dua penuntut universiti maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

EKONOMI

Jumlah dagangan ternakan di Malaysia meningkat RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023

JENAYAH / MAHKAMAH

Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi ‘keldai Akaun’ dengan serah kad ATM