5 rumah atas air, kedai runcit musnah terbakar di Semporna

SEMPORNA: Lima rumah atas air dan sebuah kedai runcit di Kampung Panji musnah dalam kebakaran lewat petang semalam.

Tindakan pantas pasukan bomba dengan bantuan penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke puluhan rumah lain.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Semporna ketika dihubungi berkata, panggilan kecemasan itu diterima kira-kira 6.07 petang dan kebakaran dapat dikawal pada 7.54 malam.

“Sehingga kini tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Tawau, sebuah rumah atas air di Kampung Sri Aman, Jalan Apas roboh manakala dua rumah di Kampung Tanjung Batu Tengah rosak dalam kejadian ribut yang berlaku lewat malam tadi.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau Madzlan Sarman berkata, dalam kejadian rumah roboh, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.19 malam.

“Seramai 14 pegawai dan anggota digerakkan bersama jentera ke lokasi kejadian dan setibanya di sana didapati sebuah rumah atas air hampir tenggelam, tiang rumah itu roboh selepas angin ribut… tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat 12.50 tengah malam,” katanya.

Madzlan berkata, dalam kejadian rumah rosak pula pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.58 pagi mengenai kejadian bumbung dua rumah berdekatan di Kampung Tanjung Batu Tengah dihempap pokok tumbang.

“Kerosakan bumbung setiap rumah adalah lebih kurang 80% namun tidak membabitkan kehilangan nyawa,” katanya yang menambah nilai kerugian dalam kejadian tersebut masih dalam siasatan.

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

PELANCONGAN/KULINARI

[TONTON] Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO

NAHAS & BENCANA

Dua penuntut universiti maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

EKONOMI

Jumlah dagangan ternakan di Malaysia meningkat RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023

JENAYAH / MAHKAMAH

Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi ‘keldai Akaun’ dengan serah kad ATM