MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Am : COVID-19: Varian delta kian merebak di Thailand

BANGKOK —  Varian Delta yang pantas merebak dan pertama kali dikesan di India kini semakin menular di Thailand.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata varian Delta kini menjadi dominan di Bangkok serta beberapa wilayah lain.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Awam antara 28 Jun hingga 2 Julai, menurutnya varian Delta menyumbang 52 peratus untuk kes baharu di Bangkok manakala 47.8 peatus lagi melibatkan varian Alpha yang pertama kali ditemui di United Kingdom dan 0.2 peratus adalah varian Beta, yang dikesan di Afrika Selatan.

Katanya, data itu juga menunjukkan sebelum ini varian Delta hanya menyumbang 32.4 peratus dalam tempoh 21 hingga 27 Jun.

Mengenai wilayah lain di luar Bangkok, Taweesin berkata jangkitan baharu melibatkan varian Delta meningkat daripada 7.3 peratus (21 hingga 27 Jun) kepada 18 peratus (28 Jun hingga 2 Julai).

“Kes varian Delta juga bertambah di wilayah lain sementara varian Alpha dan Beta beransur-ansur berkurangan,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Sejak gelombang ketiga pandemik COVID-19 di Thailand bermula 1 April hingga 2 Julai, Thailand telah mencatatkan 9,209 kes COVID-19 varian Alpha (81.98 peratus), 1,838 kes varian Delta, (16.36 peratus) dan 186 kes varian Beta (1.66 peratus).

Sementara itu, Thailand mencatat 5,420 kes COVID-19 dan 57 kematian baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 294,653 dan 2,333 kematian.

Menurut Taweesin, daripada kes baharu itu, 5,412 adalah jangkitan tempatan dan lapan kes import termasuk tiga rakyat Thailand yang pulang dari Malaysia.

“Sepanjang 24 jam, Bangkok melaporkan kes COVID-19 tertinggi dengan 1,492 dan 33 kematian,” katanya.

—  BERNAMA

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani