Lebih 16 hektar kebun durian Musang King telah dimusnahkan – JPNP

RAUB: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah memusnahkan kira-kira 16.5 hektar daripada 101 hektar kebun durian Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub di sini sejak operasi dilaksanakan bermula Sabtu lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata operasi berkenaan berjalan lancar setakat ini dengan penglibatan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengawal keselamatan petugas.

“Pada operasi hari ini, kira-kira lapan hektar kebun durian itu telah dimusnahkan setakat 1.20 tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kawasan yang telah dimusnahkan 16.5 hektar atau lebih 16 peratus,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

JPNP dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan operasi itu tertumpu kepada tindakan memusnahkan kesemua tanaman durian yang ditanam secara haram selain tangkapan serta sitaan barang dan kenderaan akan dibuat terhadap mereka yang masuk ke kawasan HSK tanpa kebenaran.

Jabatan itu turut memaklumkan operasi berkenaan tidak melibatkan kawasan seluas 2,167 hektar di sekitar Raub yang menjadi subjek dalam kes mahkamah yang belum selesai antara 110 pekebun dengan enam pihak termasuk Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

SUKAN

[TONTON] Masalah tikus di Old Trafford

TEKNOLOGI

Vietnan laksana undang-undang internet yang ketat berkuat kuasa 25 Disember

JENAYAH / MAHKAMAH

Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan

DUNIA

[TONTON] Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan