Saturday, December 21, 2024

Suami, isteri meninggal dunia selang dua hari angkara Covid-19

Kebahagiaan hidup dimiliki sepasang suami isteri bersama tiga cahaya mata mereka hilang sekelip mata selepas pasangan itu meninggal dunia selang dua hari akibat jangkitan Covid-19.

Difahamkan, Azman Mohamed,45, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8.44 pagi Khamis lalu di Hospital Kuala Lumpur, manakala isterinya, Norashima Ramli, pula menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.45 petang tadi di Hospital Serdang, Selangor.

Lebih menyedihkan, anak-anak pasangan itu juga dilaporkan positif Covid-19 dan sedang bertarung melawan wabak maut itu.

Berita sedih itu dikongsikan ramai kenalan-kenalan Allayarham di laman rasmi Facebooknya @Cheq Man dengan menitipkan ucapan takziah dan kiriman doa agar kedua-dua mereka dicucuri rahmat.

Menurut @Zulkarnain Hassan, dia menyifatkan baharu sahaja menerima perkhabaran duka berkenaan kematian si suami kelmarin dan kini isteri pula menyusul.

“Baru kelmarin menerima khabar duka tentang pulangnya ke negeri abadi sang suami dan hari ini si isteri pula menyusul pergi bersama meninggalkan anak-anak.

“Mohon bersama sedekahkan bacaan surah Al Fatihah untuk sahabat saya Cheq Man dan isteri, Shima Ramli, juga mohon doakan kesejahteraan buat anakanda yang mereka tinggalkan,” tulisnya tadi.

Turut berkongsi rasa sedih itu ialah @Norsyida Jaafar yang turut terkejut dengan berita duka itu.

“Rasa tak terungkap dengan kata-kata, rasa macam tidak percaya, baru semalam arwah balas WhatsApp saya dan macam tiada apa yang berlaku.

“Beratnya ujian Allah turunkan buat anak-anak arwah, moga anak-anak banyakkan sabar dan tabah hadapi ujian ini,” tulisnya.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan agar anak-anak arwah kembali sihat dalam melawan Covid-19.

Difahamkan, jenazah Norashima akan disemadikan di Tanah Perkuburan Mount Austin selepas semua urusan pengurusan jenazah selesai.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan sambutan Aidiladha tidak memberi makna buat lapan beradik apabila mereka kehilangan ibu bapa tersayang akibat Covid-19.

Lebih menyedihkan, lapan beradik itu tidak dapat mengiringi jenazah ibu mereka untuk dikebumikan di Jerantut, Pahang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Berkaitan

DUNIA

Serangan Israel ke atas blok apartmen di Nuseirat Gaza membunuh 8...

TEKNOLOGI

Eropah membuka siasatan terhadap TikTok berhubung campur tangan pilihan raya berikutan...

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…