MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Anak tipu ibu belajar di Universiti Oxford

Seorang anak tergamak menipu ibunya dengan mengatakan dia menuntut di Universiti Oxford di United Kingdom (UK) untuk mendapatkan wang bagi menampung gaya hidupnya.

Sedangkan, wanita itu sebenarnya tidak pernah meninggalkan Turki dan bekerja sebagai ejen hartanah di sini.

The Sun melaporkan Merve Bozkurt, 25, memberitahu ibunya, Gulseren, 57, bahawa dia memerlukan duit lebih untuk membiayai pengajian di universiti terkemuka itu.

Ia menyebabkan wanita itu terpaksa bekerja keras dengan menjual bunga untuk menampung kos pengajian anaknya.

Hakikatnya, Merve bukan saja berbohong menjadi penuntut Universiti Oxford, malah tidak keluar dari Turki kerana tidak memiliki pasport.

Helahnya terbongkar apabila sebuah stesen televisyen tempatan menemu bual si ibu mengenai kegigihan mencari wang bagi membiayai pengajian anak.

Pengorbanan Gulseren menjadi tular dan dia menerima sumbangan bagi membantu Merve ‘menamatkan pengajian yang memasuki tahun kelima itu.’

Bagaimanapun, semakan mendapati nama Merve tidak ada di dalam senarai penuntut Oxford dan wanita itu didesak untuk menceritakan perkara sebenar.

Dia kemudiannya meminta maaf kepada orang ramai dan kesal kerana mengecewakan ibunya.

“Saya mereka-reka cerita dan membuat semua orang percayakan saya.

“Sebenarnya saya bekerja dengan syarikat hartanah di Istanbul selama ini,” katanya.

Sebelum ini, Gulseren menerusi wawancara disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan berkata, dia mempunyai dua orang anak.

Katanya, selama lebih 10 tahun, dia menjual bunga di bandar Antakya dan membiayai pengajian mereka dengan cara itu.

Wanita itu berkata, suaminya tidak mempunyai kerja tetap dan kadang-kadang membantunya menjual bunga di kawasan perkuburan.

“Dengan duit itu, saya membiayai pendidikan anak-anak.

“Jika seseorang itu sihat, bekerja adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan. Seronok dapat membelanjakan wang yang diperoleh untuk anak-anak,” katanya.

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani