MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

United bernasib baik menang 2-1 ke atas West Ham

Penjaga gol Manchester United, David De Gea menjadi wira pasukan itu selepas menyelamatkan sepakan penalti pada minit-minit akhir bagi membantu pasukannya menang 2-1 ke atas West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Liverpool selepas berkongsi 13 mata.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan menampilkan aksi seimbang pada 20 minit pertama apabila saling berbalas serangan bagi menguji kekebalan benteng pertahanan masing-masing.

Selepas beberapa kali cuba menembusi pintu gol United, pasukan tuan rumah akhirnya, Bola Sepak, EPL, Manches membuka tirai jaringan pada minit ke-30 selepas percubaan Said Benrahma terkena Raphael Varane sebelum menerjah masuk ke gawang.

Bagaimanapun, kegembiraan The Hammers tidak kekal lama apabila penyerang berbisa United, Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan pada minit ke-35 selepas menolak masuk bola muntah yang diselamatkan penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski.

Bersambung separuh masa kedua, Ronaldo hampir meletakkan United di depan selepas menerima hantaran Bruno Fernandes, namun Fabianski bertindak cemerlang bagi menafikan gol kedua pasukan pelawat.

Aksi kedua-dua pasukan selepas waktu rehat dilihat agak longlai apabila masing-masing dilihat kurang melakukan percubaan-percubaan berbahaya ke arah pintu gol.

Kemudian, pemain gantian, Jesse Lingard memastikan The Red Devils mendahului 2-1 selepas percubaan menarik yang dilakukan pada minit ke-88 gagal diselamatkan Fabianski.

Ketika perlawanan memasuki masa tambahan, kem United cemas seketika apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada West Ham selepas Luke Shaw didakwa menampan bola menggunakan tangan.

Bagaimanapun, De Gea bertindak cemerlang apabila bijak membaca arah sepakan yang dilakukan Mark Noble, sekali gus memastikan United pulang ke Old Trafford dengan tiga mata. – AGENSI

Berkaitan

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Terkini

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba