MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kesedaran pengambilan vaksin penting, sambutan di PPV Kuala Langat menggalakkan – Shahril

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berpandangan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan mengambil suntikan vaksin berada pada tahap yang amat baik.

Katanya, ini kerana sambutan daripada para pelajar di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Daerah Kuala Langat adalah sangat menggalakkan.

“Berdasarkan pengamatan kami di peringkat UMNO Kuala Langat khususnya Pemuda Bahagian nampak bahawa kesedaran dan keterujaan untuk segera ambil vaksin ini ada walaupun ini merupakan fasa pertama untuk remaja.

“Ini memberi harapan supaya ia boleh membantu ke arah kita hidup bersama dengan COVID-19,” katanya ketika ditemui pagi tadi.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat Zurihan Yusop, Setiausaha PAS Negeri Selangor Muhd Hanif Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC Selangor Sritheran Renganathan.

Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat berkata dengan pengambilan vaksin ini diharap ianya dapat membantu dalam meningkatkan kadar vaksinasi agar lebih banyak lagi sektor-sektor ekonomi dibuka.

“Vaksinasi ini usaha yang membantu ke arah mengembalikan kepada satu keadaan yang sedikit normal yang mana ianya perkara yang boleh kita sambut baik.

“Supaya rakyat boleh bekerja kerana rakyat sudah lama hidup terkurung,” katanya.

Terdahulu UMNO Bahagian Kuala Langat hari ini menyantuni para pelajar yang menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Daerah Kuala Langat.

Ketuanya, Zurihan Yusop berkata pihaknya juga turut memberikan sumbangan sarapan pagi kepada 8,000 pelajar sepanjang pemberian vaksin itu berlangsung selama enam hari. – UMNO Online

# Tag

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah