MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Wajar ada ketetapan berhubung tanggungjawab majikan terhadap kematian pekerja akibat COVID-19 semasa bertugas

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan perasaan sedih apabila membaca tentang dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor meninggal dunia akibat positif COVID-19 dalam tahun ini.

Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu hantaran di Facebook, kedua-dua anggota berusia 55 tahun itu dijangkiti COVID-19 ketika melakukan tugasan operasi di mana maut ketika menjalankan tanggungjawab kepada negara.

“Takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban akibat dijangkiti COVID-19 semasa menjalankan tugas

“Sesungguhnya ini adalah pengorbanan yang nyata kepada tanah air. Saya percaya ahli keluarga para mangsa sedang mendapat pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu katanya, timbul juga persoalan bagaimana pula dengan pekerja sektor bukan kerajaan yang terkorban akibat dijangkiti COVID-19 semasa diarahkan bertugas oleh majikan.

“Adakah ahli keluarga mereka akan turut mendapat pembelaan yang sewajarnya?

“Wajar ada suatu ketetapan berhubung tanggungjawab majikan terhadap kematian pekerja akibat diijangkiti COVID-19 semasa bertugas.

“Ini termasuklah dalam urusan pengebumian, pampasan sehinggalah kepada kebajikan ahli keluarga mereka,” ujarnya.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, ini bukan suatu langkah menekan sebaliknya bersandarkan kebertanggungjawaban dan kemanusiaan.

“Langkah ini juga akan memastikan majikan lebih serius dan bersungguh memastikan keselamatan pekerja mereka pada setiap masa,” tegasnya. – UMNO ONLINE

# Tag

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Popular

?Nukilan Ikhlas Dari Dato Sri Najib Razak

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Terkini

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah