Sunday, December 22, 2024

Ebit Lew bawa ‘bidadari’, anak-anak makan angin ke Switzerland

Pendakwah bebas, Ebit Lew menyatakan kini sedang menikmati percutian bersama keluarga tercintanya di Switzerland.

Ebit menerusi Facebooknya turut memaklumkan, menikmati masa bersama keluarga merupakan perkara paling indah.

“Doakan ye, bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat Reda dan kasih sayangNya,” katanya di sini hari ini.

Perkongsian Ebit tersebut mendapat lebih 1,500 komen dan 282 tanda suka dalam masa 30 minit.

Antara komen yang ditinggalkan pengguna media sosial, @Sidah Icer, yang memaklumkan turut berada di negara tersebut dan ingin berjumpa dengan pendakwah terbabit sekiranya berpeluang.

“Ustaz Ebit Lew, saya berada di Switzerland. Saya ingin sangat berjumpa dengan ustaz dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, @Muhammad Yuzaiman turut mendoakan perjalanan Ebit Lew dan dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga ustaz sekeluarga sentiasa dipermudahkan segala urusan serta dilindungi Allah S.W.T dan selamat bercuti,” jelasnya.

Dalam pada itu, @Anirah Abdullah berkata, tiba masanya untuk Ebit bercuti bersama sekeluarga selepas sekian lama membantu orang lain.

“Pergilah berehat ustaz bersama bidadari dan anak-anak. Moga selamat pergi dan kembali. Semoga ustaz sekluarga dalam lindungan Allah,” ujarnya.

Ebit sebelum ini terpalit dengan pelbagai tohmahan dan kontroversi.

Berkaitan

HIBURAN

Tak tahu, Shuhada malas peduli pernikahan Hafidz, Athira

HIBURAN
Wings bakal adakan konsert, sasar lebih 7,000 penonton

Faizal Hussein pula terjebak dengan TikTok

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…