Pelakon Intan Ladyana, 38, yang dikhabarkan hamil anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh apabila disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada malam tadi.
Suaminya, Harris Alif, 21, yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi turut dijangkiti wabak itu.
Perkara ini dimaklumkan menerusi Instagram Melodi TV3 dan hantaran terbabit telah mendapat banyak perhatian rakan artis yang mendoakan kesihatan Intan dan Harris.
Manakala di Instagram milik Intan pula, dia sempat memuat naik video ketika dia berada di dalam sebuah ambulans di Instagram Story tanpa meninggalkan apa-apa kapsyen menggambarkan situasi cemas.
Sementara itu, tiada hantaran terbaru dari Harris mengenai keadaannya, namun masih ada peminat yang mendoakan kesembuhannya di ruangan komen hantaran Instagram miliknya pada enam hari lalu.
Di hantaran yang sama, peminat mendakwa dapat melihat ‘baby bump’ Intan melalui video yang dimuat naik.
“Comelnya baby bump Intan Ladyana,” komen nurshazwana_zainal_abidin
“Wah Intan Ladyana nampak baby bump tu. Happynya tengok,” komen _sha2106