MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, berkata calon akan dipilih daripada individu yang memenuhi kriteria boleh menang seperti ditetapkan oleh kepimpinan parti itu.

“Calon adalah anak tempatan dan ada jawatan di kawasan itu… kita akan pilih yang terbaik, ada dalam kategori WALI iaitu winnable (boleh menang), acceptable (diterima), likeable (disukai) serta boleh membawa perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Nenggiri dan Gua Musang keseluruhannya,” kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelepasan peserta program Inisiatif Institut Malaysia-China (MCI) di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani adalah antara nama yang bakal diangkat sebagai calon BN pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos ini.

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah, pada 19 Jun lepas, mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA juga:

# Tag

Berkaitan

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

PAS uses UMDAP to attack UMNO

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah