[VIDEO] PRK KKB: Calon PH, Pang Sock Tao ziarah keluarga mangsa lemas Batang Kali - pakdin.my

“Pihak saya akan membantu meringankan beban keluarga seberapa mampu yang boleh. Semoga roh mereka yang pergi dicucuri rahmat Tuhan

Dalam kesibukan berkempen, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini sempat meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa lemas Sungai Balak, Batang Kali di Hospital Kuala Kubu Baharu, di sini.

Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao bergegas ke hospital berkenaan selepas menerima berita sedih itu yang mengorbankan seorang bapa dan dua anaknya berusia enam dan sembilan tahun.

Beliau yang tiba kira-kira 4.55 petang, meluangkan masa sekitar 15 minit bertemu isteri mangsa, Azimah Azahar, 38.

Pang, 31, dalam catatan menerusi Facebook berharap Azimah tabah menghadapi dugaan atas pemergian suami dan dua anaknya.

“Pihak saya akan membantu meringankan beban keluarga seberapa mampu yang boleh. Semoga roh mereka yang pergi dicucuri rahmat Tuhan,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan berkata mayat kesemua mangsa ditemukan pada 1.30 tengah hari oleh orang awam.

VIDEO

Jangan lupa subscribe

BACA juga:

UTAMAPILIHAN RAYA PRK KKB: Calon PH, Pang Sock Tao ziarah keluarga mangsa...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium