MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Anwar berkata komitmen dan iltizam daripada kakitangan kesihatan juga diperlukan, selain fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik perlu memberikan contoh terbaik dalam membudayakan amalan pemakanan dan riadah yang bersesuaian.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

Anwar berkata ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara, sekali gus menggambarkan kecelikan kesihatan dalam kalangan rakyat di negara ini masih pada tahap rendah.

“Obesiti, berat badan berlebihan itu tinggi, kencing manis tinggi, jadi tolonglah selamatkan negara, selamatkan anak-anak, selamatkan keluarga, ibu bapa kita dengan mengawal sedikit (pengambilan gula), bukan hentikan seluruhnya.

“Bagaimana kurangkan obesiti? kurangkan karbohidrat, lebihkan senaman tapi jangan joging pada (kempen) bulan kesihatan sahaja. Perlu jaga kesihatan, kita sibuk, tapi alasan itu (sibuk) sangat remeh, kita sibuk tapi kita tidur, makan, jadi kita juga kena bersenam,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Menteri Besar Aminuddin Harun dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad di Port Dickson, Negeri Sembilan, hari ini.

Perdana Menteri juga berkata kempen celik kesihatan atau kurangkan gula serta dasar literasi kesihatan yang diperkenalkan, hanya akan berkesan sekiranya masyarakat mengubah gaya pemakanan mereka bermula dari sekarang.

Beliau berkata rakyat tidak harus memudaratkan diri sendiri dengan mengambil gula secara berlebihan, tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan mereka.

Pada masa sama Anwar menasihatkan golongan peniaga supaya turut memainkan peranan aktif, dalam menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula dengan mengambil kira kesihatan pelanggan apabila menyediakan makanan dan minuman.

“(Kita) Cakap soal AI (kecerdasan buatan), industri pertumbuhan yang hebat, mutu pendidikan hospital yang baik…tapi kecelikan kesihatan rakyat paling rendah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kantin sekolah juga perlu menjual makanan yang sihat bagi memastikan mutu kesihatan pelajar terjamin, manakala penggunaan gula dalam menu makanan dan minuman majlis kerajaan dikurangkan.

BACA juga:

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Terkini

PRK DUN Ayer Kuning: Tiga penjuru, kelebihan Barisan Nasional (BN)

[VIDEO] Aaron-Wooi Yik rangkul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025

4 anggota ranger cedera dalam letupan bom motosikal di Narathiwat

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚