MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

Lebih bermakna, kejayaan mereka menjuarai Terbuka Hong Kong ini hadir pada Hari Malaysia yang akan disambut esok dan Thinaah menganggap kemenangan tersebut sebagai hadiah buat negara.

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung selama 38 minit di Hong Kong Coliseum, Kowloon, beregu No. 8 dunia itu mempamerkan corak permainan agresif dari awal apabila mendominasi set pertama dan meneruskan momentum cemerlang pada set kedua.

Meskipun, gandingan No. 3 dunia dari China itu cuba mengheret Pearly-Thinaah ke set penentuan, namun cubaan tersebut gagal apabila beregu negara tidak memberikan ruang untuk bangkit selain kekal tenang mengawal rentak permainan sehingga tamat perlawanan.

“Kami sangat gembira dapat meraih kemenangan pada aksi final hari ini. Ia juga satu hadiah istimewa untuk Malaysia. Selamat Hari Malaysia, dan terima kasih kepada semua penyokong di Malaysia yang sentiasa memberi sokongan,” tambahnya.

Keputusan itu juga menamatkan kemarau kejuaraan buat gandingan negara itu yang kali terakhir memenangi Terbuka Perancis pada Oktober 2022 selain mereka juga menjadi beregu wanita pertama Malaysia yang memenangi gelaran Terbuka Hong Kong.

BACA juga:

Berkaitan

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Terkini

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba