MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Jumlah dagangan ternakan di Malaysia meningkat RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023

Negara asal utama import ternakan ialah Australia, New Zealand dan Thailand, yang secara kolektif menyumbang 84.8 peratus daripada jumlah import ternakan di Malaysia

Jumlah perdagangan industri ternakan di Malaysia meningkat 23.2 peratus atau RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut DOSM dalam Malaysia Trade Statistics Review (MTSR) 2024, pertumbuhan ini mencerminkan peningkatan permintaan terhadap ternakan dan produk berkaitan bagi memenuhi keperluan penggunaan domestik dan industri.

MTSR 2024 mensintesis prestasi perdagangan Malaysia untuk industri ternakan dengan memfokuskan kepada ternakan terpilih seperti ayam, telur, lembu, biri-biri dan kambing, itik dan babi.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata industri ternakan Malaysia telah mencatatkan perkembangan dan pertumbuhan yang ketara sejak beberapa tahun ini, sekali gus memberi sumbangan signifikan kepada sektor pertanian negara.

“Sektor ayam dan telur kekal sebagai penyumbang terbesar kepada subsektor ternakan dan memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan protein rakyat Malaysia.

“Nilai eksport ayam mencapai RM726.7 juta pada 2023, meningkat 27 peratus atau RM154.4 juta berbanding tahun lepas,” katanya dalam kenyataan.

Katanya pengeluaran telur di Malaysia terus mencatatkan prestasi yang memberangsangkan dengan nilai eksport mencecah RM671.2 juta pada 2023 dan memenuhi permintaan pasaran di peringkat serantau.

Beliau berkata industri ruminan di Malaysia masih didominasi oleh sektor luaran.

“Nilai import lembu hidup meningkat pesat bagi memenuhi penggunaan domestik dengan peningkatan nilai import daripada RM82.8 juta pada 2022 kepada RM108.7 juta pada 2023.

“Nilai import ternakan untuk biri-biri dan kambing mencapai RM27.2 juta pada 2023 serta Australia dan Indonesia kekal sebagai pengeksport utama ke Malaysia.

“Perdagangan babi di Malaysia meningkat daripada RM141.7 juta pada 2022 kepada RM179.1 juta pada 2023,” katanya.

Mohd Uzir berkata Singapura terus menjadi destinasi eksport utama produk ternakan di Malaysia dengan menyumbang 96.4 peratus daripada jumlah eksport ternakan.

“Vietnam dan Brunei juga merupakan sebagai destinasi eksport utama selain Singapura.

“Negara asal utama import ternakan ialah Australia, New Zealand dan Thailand, yang secara kolektif menyumbang 84.8 peratus daripada jumlah import ternakan di Malaysia,” katanya.

Berkaitan

Myanmar junta declares temporary ceasefire following earthquake

日本宫崎县外海规模6.0地震 幸未发生海啸

Aidilfitri dicemari mikroplastik

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Terkini

Ahmad Zahid rakam penghargaan kepada anggota SMART di Myanmar

Aidilfitri dicemari mikroplastik

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera