MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Timbalan ketua Bersatu Sabah keluar parti, sokong GRS

"Melalui penyatuan dan gabungan semua parti tempatan yang mewakili majoriti rakyat Sabah, saya yakin dan percaya Hajiji dan GRS mampu membawa negeri Sabah lebih maju dan berjaya

KOTA KINABALU — Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Aksyah Nasrah hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sehubungan itu Aksyah berkata beliau meletakkan semua jawatan dalam Bersatu berkuat kuasa serta merta.

“Saya telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Ronald Kiandee bertarikh 28 Dis 2024. Peletakan jawatan ini dibuat atas keputusan saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS dan perjuangan parti itu, dalam mempertahankan hak-hak dan kepentingan Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

Beliau berkata slogan “Rumah Kita, Kita Jaga” sering diungkap Hajiji merupakan satu naratif yang amat tepat dalam memastikan Sabah benar-benar dipimpin dan diurus oleh kepimpinan parti tempatan tanpa menidakkan hubungan baik dengan pihak kerajaan Persekutuan.

Aksyah berkata kejayaan besar Hajiji adalah menyatupadukan pemimpin dan rakyat Sabah melalui satu gabungan wadah politik GRS, dan perpaduan rakyat Sabah ini merupakan perkara pokok yang menjadi teras kepada kemajuan negeri.

“Melalui penyatuan dan gabungan semua parti tempatan yang mewakili majoriti rakyat Sabah, saya yakin dan percaya Hajiji dan GRS mampu membawa negeri Sabah lebih maju dan berjaya dalam semua sektor dan bidang demi kepentingan dan faedah rakyat keseluruhannya,” kata beliau.

Berkaitan

[VIDEO] Aaron-Wooi Yik rangkul juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025

4 anggota ranger cedera dalam letupan bom motosikal di Narathiwat

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

Terkini

PRK DUN Ayer Kuning: Tiga penjuru, kelebihan Barisan Nasional (BN)

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚