MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Penduduk Johor nikmati cuti hujung minggu baharu pertama, rata-rata lega dengan perubahan

kerajaan negeri Johor dijangka perlu mengambil beberapa insiatif dalam memastikan para penduduk dapat menyesuaikan diri, dengan perubahan tersebut.

JOHOR BAHRU: Para penduduk Johor menikmati cuti hujung minggu baharu yang pertama pada Sabtu (4 Jan) dan Ahad (5 Jan).

Pengumuman untuk menukar cuti hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat dan Sabtu bagi negeri paling selatan itu, dibuat pada 7 Oktober lalu oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Ini selepas ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Menurut Tunku Mahkota Ismail, keputusan untuk melakukan perubahan pada cuti hujung minggu itu dibuat atas kehendak rakyat negeri itu, yang ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak.

Perubahan itu juga dijangka merancakkan ekonomi di negeri itu, seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang dirancang.

Perubahan cuti hujung minggu itu dialu-alukan kebanyakan pihak berkepentingan di Johor termasuk kerajaan negeri, perniagaan, pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan keluarga di sana.

Ini memandangkan cuti hujung minggu di Johor sudahpun diselaraskan dengan sebilangan besar negeri lain serta cuti hujung minggu di negara seberang Tambak, Singapura.

Dengan jadual baharu yang membolehkan urusan harian diselaraskan, terutama bank dan pusat kewangan dunia, sektor perniagaan dijangka dapat meraih manfaat daripada perubahan tersebut.

Kelegaan itu juga lantang disuarakan oleh para pekerja swasta, yang lebih gemar dengan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad, memandangkan ia dapat diselaraskan dengan waktu cuti sekolah anak bagi membolehkan mereka meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Sementara itu, terdapat sebilangan penduduk Johor yang membangkitkan kebimbangan mereka mengenai perubahan dalam cuti hujung minggu di negeri itu.

Mereka antara lainnya, khuatir akan gugurnya identiti unik Johor yang bercuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu, terutama bagi umat Islam beribadah pada hari tersebut.

Selain itu, antara kesan ketara yang dijangkakan daripada langkah mengubah cuti hujung minggu tersebut adalah kesesakan jalan raya, terutama di pusat bandar raya Johor Bahru.

Ini lebih-lebih lagi, dengan kemasukan warga Singapura ketika cuti hujung minggu mereka pada Sabtu dan Ahad.

Setelah genap 10 tahun menjalani rutin kehidupan dengan cuti hujung minggu ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu, penduduk Johor menjangkakan bahawa ia akan mengambil masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan perubahan baharu itu.

Justeru, kerajaan negeri Johor dijangka perlu mengambil beberapa insiatif dalam memastikan para penduduk dapat menyesuaikan diri, dengan perubahan tersebut.

Misalnya, penduduk negeri itu harus diberi jaminan bahawa aturan untuk mereka menunaikan solat Jumaat ketika waktu kerja atau persekolahan, dapat dilakukan dengan lancar.

Berkaitan

Kronolodi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Terkini

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

Kronolodi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Harga saham Dayang Enterprise meningkat selepas peroleh kontrak Petronas Carigali

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00