MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Harga MSM diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025

“Pengeluaran MSM dijangka berkurang 8.0 peratus bulan ke bulan kepada 1.37 juta tan disebabkan faktor musim.

Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025, dengan dagangan antara RM4,400 hingga RM4,800 satu tan, sebelum sederhana pada separuh kedua kepada antara RM4,000 hingga RM4,400 satu tan ketika kemuncak musim.

RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) berkata unjuran itu disokong oleh gabungan faktor iaitu paras pengeluaran dan stok yang rendah di Indonesia tahun lepas, peningkatan mandat biodiesel di Indonesia tahun ini, serta bekalan minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi yang terhad pada 2025.

“Ini akan menyebabkan kekurangan minyak dan lelemak global yang lebih ketara tahun ini seterusnya menyebabkan harga minyak sayuran menjadi lebih tinggi, dengan nisbah stok berbanding penggunaan bagi 17 minyak dan lelemak susut kepada paras terendah dalam tempoh 15 tahun iaitu 12.6 peratus pada 2025,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, risiko negatif yang utama meliputi ketegangan geopolitik yang berterusan, perubahan ketara harga minyak mentah, cuaca yang janggal, situasi pekerja yang semakin buruk di Malaysia, dan kemungkinan semakan ke atas struktur cukai dan dasar perdagangan Indonesia.

RHB IB mengekalkan saranan “overweight” terhadap sektor perladangan, memandangkan harga MSM yang lebih tinggi dan berterusan pada 2025 dijangka mendorong semakan penilaian sektor tersebut.

Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) dan CIMB Securities Sdn Bhd juga mengulangi saranan “overweight” masing-masing terhadap sektor itu.

Saranan Kenanga IB adalah berdasarkan unjuran harga MSM yang tinggi serta defisit bekalan semakin lebar.

Menurut bank pelaburan itu premium harga MSM berbanding minyak kacang soya mula mengecil baru-baru ini.

“Bagaimanapun, harga minyak makan keseluruhannya termasuk MSM dijangka kekal tinggi pada 2025. Setelah mencecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan pada November 2024, indeks harga minyak makan 2024 Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) meningkat sebanyak 33 peratus tahun ke tahun, walaupun terdapat sedikit penurunan bulan ke bulan,” tambahnya.

Daripada empat minyak makan utama — minyak sawit, minyak kacang soya, minyak biji sesawi dan minyak bunga matahari — minyak sawit kekal sebagai peneraju harga.

Sementara itu, CIMB Securities pula mengunjurkan bekalan minyak sawit meningkat 1.0 peratus bulan ke bulan kepada 1.73 juta tan pada Januari 2025, didorong oleh penggunaan domestik dan eksport yang rendah.

“Pengeluaran MSM dijangka berkurang 8.0 peratus bulan ke bulan kepada 1.37 juta tan disebabkan faktor musim,” jelasnya.

Eksport minyak sawit juga dijangka turun sebanyak 16 peratus bulan ke bulan kepada 1.13 juta tan, kerana premium harga MSM yang tinggi berbanding minyak kacang soya dan minyak biji sesawi mendorong pengguna beralih kepada alternatif yang lebih murah, jelasnya.

Harga minyak kacang soya diunjurkan kekal lemah berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan langkah pengurangan daalam dasar biodiesel AS.

Bagaimanapun, rancangan Indonesia untuk melaksanakan biodiesel B40, yang dijangka pada penghujung suku pertama 2025, mungkin meningkatkan permintaan domestik terhadap minyak sawit.

Sehubungan itu, CIMB Securities mengekalkan unjuran harga purata MSM pada RM4,200 satu tan bagi 2025.

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani