MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Casemiro setuju tinggalkan Old Trafford

Casemiro dijangka menikmati kenaikan gaji yang signifikan di Al-Nassr dengan potensi pendapatan sehingga £650,000 (RM3.6 juta) seminggu.

LONDON – Pemain tengah Manchester United, Casemiro dilaporkan bersedia meninggalkan Old Trafford dan berpindah ke Al-Nassr pada jendela perpindahan bulan ini selepas kehilangan tempat dalam kesebelasan utama di bawah pengurusan Ruben Amorim.

The Red Devils yang kini bergelut dengan kekangan bajet perpindahan terpaksa bergantung kepada hasil penjualan pemain untuk membiayai pembelian baharu dan kemungkinan terbuka menerima tawaran buat semua pemain termasuk Casemiro.

Bintang veteran berusia 32 tahun itu semakin tersisih daripada skuad utama selepas Amorim memberi keutamaan kepada pemain muda seperti Kobbie Mainoo di posisi tengah kerana Casemiro dikatakan gagal memenuhi intensiti permainan yang dimahukan Amorim.

Disebabkan itu, Al-Nassr dilaporkan berminat membawa Casemiro dengan Cristiano Ronaldo dikatakan memainkan peranan penting memujuk bekas rakan sepasukannya itu berhijrah ke Arab Saudi.

Casemiro menyertai United pada 2022 dengan yuran perpindahan bernilai £70 juta (RM387.92 juta), tetapi dengan penurunan prestasi dan statusnya yang bukan lagi pemain utama, harganya dijangka hanya sekitar £25 juta (RM138.54 juta).

Meskipun jumlah itu lebih rendah berbanding yuran asalnya, namun perpindahan Casemiro akan memberi kelonggaran besar kepada struktur gaji United memandangkan dia merupakan penerima gaji tertinggi kelab dengan £350,000 (RM1.9 juta) seminggu.

Casemiro dijangka menikmati kenaikan gaji yang signifikan di Al-Nassr dengan potensi pendapatan sehingga £650,000 (RM3.6 juta) seminggu sekali gus menjadikannya antara pemain bola sepak dengan gaji tertinggi di dunia.

Berkaitan

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Terkini

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

Ramai balik kampung malam ini