MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Pemimpin perlu ketepikan perbezaan politik untuk berkhidmat kepada rakyat – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata pemimpin perlu terus menyantuni rakyat di kawasan mereka, termasuk golongan muda, sama yang bekerja di kawasan sendiri atau berada di luar negara.

Pemimpin diingatkan agar mengenepikan perbezaan politik demi berkhidmat kepada rakyat, seru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata amanah dan mandat daripada rakyat perlu dilaksanakan tanpa mengira parti politik atau agama.

“Sebagai ahli politik, kita tidak boleh mempunyai warga yang berbeza-beza. Soal menang banyak atau menang sedikit itu perkara kedua. Yang penting, apabila menang sebagai Ahli Parlimen atau ADUN, kita perlu menjaga kepentingan semua.

“Rakyat, tanpa mengira parti politik, agama, kaum, ataupun perbezaan budaya dan bahasa, perlu diberikan perhatian yang sewajarnya,” katanya ketika berucap merasmikan Dewan RC di Simpang Empat, Hutan Melintang, di sini, hari ini.

Dewan tersebut dibina oleh seorang ahli perniagaan kelahiran Bagan Datuk, M. Nagaraja, 69, yang juga seorang peniaga cendol sejak 47 tahun lalu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata pemimpin perlu terus menyantuni rakyat di kawasan mereka, termasuk golongan muda, sama yang bekerja di kawasan sendiri atau berada di luar negara.

Bercerita lanjut mengenai Nagaraja, Ahmad Zahid berkata beliau mengenali Nagaraja sejak berusia 22 tahun. Selain menyumbang kepada pembinaan dewan, Nagaraja turut menerima gelaran Raja Cendol daripada Ahmad Zahid pada majlis Hari Raya 2007, yang kekal hingga kini sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangannya.

Selepas majlis itu, Ahmad Zahid turut berkesempatan mengunjungi keluarga angkatnya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Dato Hj Abdullah Ahmad, di sini yang juga merupakan rutinnya setiap tahun.

Beliau disambut oleh ahli keluarga angkatnya, Beh Song Wan, 62, atau lebih dikenali sebagai Bujang, bersama isterinya, Tian Mee Ping, 56, serta dua anak mereka.

Timbalan Perdana Menteri turut berkesempatan menggaul “yee sang” yang telah diubah suai dengan menggunakan bahan-bahan membuat pecal, makanan tradisi Jawa, seperti kangkung rebus, suhun, tauhu, timun serta sengkuang yang dimakan bersama kuah kacang.

Ahmad Zahid juga berkesempatan beramah mesra dengan penduduk setempat yang hadir memeriahkan majlis tersebut.

Berkaitan

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

Terkini

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?